10 February 2015

Bingka Roti Berlauk

Assalamualaikum

kita share resepi bingka roti berlauk
resepi ni kita belajar kat mr goole jer.
senang dan sedap

 Bingka Roti Berlauk

resepi:-

bahan untuk bingka roti

1 bungkus roti gardenia jumbo bonanza
1 kg santan
5 biji telur
1 sudu teh gula pasir
1 sudu teh garam

cara:-
1. pukul telur
2. campurkan gula, garam dan telur kedalam santan
3. carik-carik roti dan rendamkan roti dalam bahan santan tadi
4.loyang pembakar 10 x 10 perlu dialas dengan aluminium foil supaya bahan tadi melekat dan mudah untuk di basuh
5. masuk semua bahan tadi kedalam loyang yg  telah di alas dengan aluminium foil dan bakar dengan suhu 200c selama 30 min

bahan lauk

1. 500gm daging hancur
2. 3 sudu besar rempah cari daging
3. seulas bawang besar
4. daun kari
5. 1 sudu teh gula
6. 1/2 sudu teh garam..kalau kurang boleh tambah
7. sedikit serbuk perasa
8. minyak masak

cara 
1. tumis bawang yang perlu dimayang hingga naik bau dengan minyak masak
2. masukkan daun kari dan serbuk kari kacau hingga sedikit garing
3. masukkan daging, gula garam dan serbuk perasa
4. masak hingga daging masak dan sedikit garing
5. angkat dan tapis 

hiasan daun 

daun sup 
cili merah

bila bingka telah masak taburkan daging tadi dan bahan hiasan. selamat mencuba

ok bai


No comments:

Post a Comment