18 February 2015

Chicken in the pot

assalamualaikum

today.. hari ini saya nak share buat chicken in the pot...klu pergi Restorant Dome salah satu benda yang saya suka benda ini..itu dulu..sekarang dah tau buat... dome pun tak ku jejak

jom kita buat


chicken in  the pot


resepi:-

4 keping puff pastry jenama kawan..saiz 4 x 4..
100gm isi ayam potong kecil
30gm mix vege
1/4 sudu teh serbuk lada hitam
secubit serbuk basil
secubit garam
1 sudu teh tepung gandum
1 sudu besar butter
200ml susu segar..
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar yang di hiris
10ml air
sebiji telur


cara:-

1. panaskan butter dan tumiskan bawang putih dan merah hingga naik bau
2. masukkan isi ayam, lada sulah dan serbuk basil
3. bancur air, susu dan tepung
4. tuang kedalam ayam
5. masukkan garam secukup rasa
6. kacau biar pekat dan masuk mix vege
7. biarkan mendidih sebentar..
8. ambil mangkuk seperti dalam gambar atau mangkuk aluminium yang kecil isikan ayam tadi hingga penuh
9. sapukan telur keliling mangkuk dan tutupkan dengan puff pastry
10. sapu telur atas puff pastry tadi dan taburkan bijan sebagai hiasan..
1. bakar dengan suhu 170c api atas dan 140c api bawah



contoh mangkuk aluminium di ambil dari mr google


selamat mencuba


ok bai

No comments:

Post a Comment