12 June 2014

Asam Pedas Lada Hitam ikan tenggiri

Assalamualaikum,

asam pedas lada hitam ikan tenggiri
masa arawah mak masih ada lauk ini akan jadi kegemaran adik beradik..
kakak-kakak semua tak pandai buat mcm mana arwah buat
sedap sangat cousin n adik beradik mak pun tahu kesedapan lauk ini..
saya pun mencuba walaupun tidak sesedap yang arwah buat.. dengan bertanya kakak-kakak dan abang2.. sbb saya tak sempat belajar.. i kan anak bongsu.. dok asrama lak tu..itu lah alasannyer

R
Asam pedas lada hitam ikan tenggiri


mari masak

1 ekor ikan tenggiri yg berat 1 kg - 1 1/2 kg..pastikan sudah di katam. - ayat orang kedah...dah potong lah
100gm cili kering goreng tanpa minyak hingga garing
2 sudu besar lada hitam goreng tanpa minyak
4 biji bawang besar
5cm halia sebesar ibu jari
6 ulas bawang putih
1 keping kelapa. sebesar tapak tangan perlu di bakar  hingga kehitaman dan tumbuk
20gm belacan
10 gm asam jawa buat air dan klu nak lebih boleh tambah
gula
garam
sebatang serai
minyak untuk tumis
1/4 sudu teh halba
3 biji tomato belah 4
50gm lobak masin
1000ml air buat air asam


cara
1. kisar bawang besar, putih,  lada hitam dan cili hingga hancur
2. tumis belacan hingga garing dan masukkan halba biarkan sebentar
3. masukkan bahan kisar biarkan garing dan masukkan serai
4. masukkan kelapa kering dan air asam jawa
5. biarkan mendidih  dan masukkan lobak masin
6. masukkan ikan dan biarkan sedikit pekat
7. akhir sekali masukkan tomato

ok bai

No comments:

Post a Comment