12 June 2014

Popia binti Spring Roll

Assalamualaikum



Popia.. setiap kali puasa popia adalah makanan kegemaran..
tapi nak buat kulit popia ada lah malas
oleh itu beli aje kat kedai kulit itu
inti buat kat rumah

mari kita buat

resepi

inti

1 biji sengkuang yang berat 1/2kg
2 batang carrot
20gm udang kering
1 biji bawang besar
1 sudu besar lada hitam.  - tumbuk
1/2 sudu teh gula pasir
garam secukup rasa
minyak untuk tumis

kulit
1 pek kulit popia.. brand KG
1 sudu besar tepung gandum campur dengan 3 sudu besar air - untuk lekatkan hujung kulit popia

cara
1. sengkuang dan carrot di hiris tidak terlalu halus tidak terlalu besar agak-agak lah
2. kisarkan bawang dan udang kering
3. tumiskan bawang, udang dan lada hitam hingga naik bau
4. masukkan gula dan garam kacau dan rasa
5. masukkan sengkuang dan carrot.. jangan biarkan terlalu lama dan kacau rata
6. angkat dan tapis untuk tos kan airnya
7. biarkan sejuk sebentar.. tolong jangan biarkan inti terdedah dengan udara luar supaya tidak masam dan berubah rasa
8. ambil kulit popia tadi dan pisahkan setiap keping
9. isikan satu sudu besar inti dan gulung
10. lekatkan dengan tepung tadi
11. untuk goreng minyak tidak terlalu panas dan api perlahan
12. kemudian baru di besarkan api.. tujuan untuk dapat kulit yang cantik tidak mengerutu..goreng hingga coklat
13. boleh makan dengan sos fabulos hakak yer



ok bai

No comments:

Post a Comment