13 November 2016

SARAPAN PAGI.. MENU SIHAT ORANG KAMPUNG


Sekali sekala bersarapan cara lama sedp jugakan? Sarapan begini tidak asing lagi pada Kak Z dan anak-anak. Kami jarang bersarapan di luar. Kak Z senang menydiakan sarapan pagi untuk anak-anak. Cepat dan jimat.

Hari ini 13hb November 2016, Kak Z menyediakan lempeng kelapa @ peknga, jemput-jemput dan pisang goreng di cicah dengan lauk asam pedas semalam. Fuhhh.. sedap tahap gaban. Habis ket todak? Licin pinggan.

Kalau hendak menyediakan sarapan untuk anak-anak bukan terhad dengan menu kampung sahaja. Sometime Kak Z buat french toast atau roti homemade. Asalkan anak-anak kenyang dan menjimatkan. Hendak bawa hero empat orang makan di luar? Sekali makan sudah tentu cecah RM34.00. Nasi lemak dan ayam. Minum Teh tarik atau milo ais. Nangis woiii.. mak ko pun orang tanggung. Kena lah berjimat cermat.

Paling Mudah kalau Kak Z malas lah kan.. nasi lemak sambal bilis. masak banyak boleh makan sampai petang.Selalu tidak malas. Tengahari nasi lemak sudah licin.. kena masak untuk petang, Tapi senanglah Nasi goreng atau mee goreng. Kena bagi makan yang solid sebab tali perut budak-budak empat orang ni panjang.. selagi tak lelap selagi tu mulut nganga hendak makan. Bertabahlah mak.

Ok bai 


No comments:

Post a Comment

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...