15 November 2016

PETUA GORENG HATI AYAM TIDAK MELETUP




Kak Z pasti ramai yang lemah kalau bab mengoreng hati ayam. Betul tak? Sebab hati ayam suka meletup dalam kuali kalau di goreng. Percikan dari letupan boleh menjejaskan kelicinan muka weeii..

Ramai yang mengelak ..silap hari bulan guna topeng muka atau topi keledar. Aku leh tu...hiii. Hati ayam ian sedap. Berkorban apa sahaja.



Tapi Kak Z dapat satu petua. Kepada yang tahu ok lah. Yang tidak tahu, Kak Z kongsikan caranya. Macam mana? Dulu Kak Z ada share pasal goreng ikan tidak melekat pada kuali. Cara yang sama juga boleh di gunakan untuk mengoreng hati ayam tidak meletup. Caranya ialah dengan meletak asam keping dalam minyak yang di gunakan mengoreng hati tersebut.

Masukkan minyak kuali mengoreng kemudian letakkan beberapa keping asam keping. Biarkan minyak betul panas, barulah masukkan hati kedalamnya. Wallaaaaa... goreng dengan selamat.

Selepas ini tidak memerlukan topeng atau topi keledar untuk mengoreng hati ayam yer. Petua ini di kongsi oleh Kak Zai, Pembantu Tadbir, SGB.

Selamat mencuba

Ok bai

Gambar credit to Mr. Google.

1 comment:

  1. Haha..bru buat sis..aman rasa,xde letupa2..kalau x memang menyumpah jela kalau kne myak pns..tks info

    ReplyDelete