Buku Danish dan Paf Pastri terbitan Alaf 21 adalah hasil tulisan Kak Z yang pertama. Macam mana Kak Z boleh terlibat dalam dunia tulisan ini? Kak Z sebelum ini mengajar cara membuat Danish dan Paf Pastri. Apabila editor Kak Z menawarkan sesiapa mahu membuat buku, Kak Z menyahut peluang ini. Sebab di Malaysia masih lagi kurang buku begini di hasilkan. Kalau ada pun tidak di tunjuk langkah demi langkah.
Buku Danish dan Paf Pastri ini mempunyai 30 jenis rasa. Kak Z menunjukkan langkah demi langkah. dari A - Z. Melalui survey yang Kak Z dengan pembeli mereka kata mudah. Secara amnya tidak semua pembeli mempunyai pengalaman dan pengetahuan untuk menghasilkan pastri ini. Alternative kena datang ke kelas. Ramai yang tidak mempunyai kesempatan untuk datang ke kelas. Betul tak? Kak Z cakap melalui pengalaman. Tapi Kak Z sudah belajar membuat danish dan paf pastri semasa menunggu keptusan SPM lagi. Sebab kerja di bakeri. Cikgu pertama Kak Z orang Jepun. Hidup lagi ke tidak orang tua tu? Garang tapi baik semua ilmu dia curah kat kita. Dia pesan.. "practice make perfect".
Macam mana hendak membeli buku ini? Buku ini boleh di beli di kedai-kedai buku atau secara online http://mall.karangkraf.com/products/DANISH-&-PAF-PASTRI/4208. Harga RM25.00 tapi kalau korang beli secara online RM21.20.
Apa keistimewaan buku ini? Buku ini mempunyai jenis pastri bersama dengan 30 resepi. 1. Danish Pastri dan 2. Paf Pastri.
Apa Danish pastri?
Danish Pastri macam roti berat sebab dia beryis. Beza dia dengan roti ialah roti tidak berlapis. Danish berlapis. Danish pastri orang buat Croissant, Danish loaf dan Cinammon rolls. Inti danish pastri kebanyakkannya manis. inti blueberry, kismis atau coklat.
Apa Paf pastri?
Paf pastri tidak beryis. Lebih ringan dan berlapis. Kalau korang suka makan Sardine paf yang berlapis, inilah yang dinamakan paf pastri.
Dalam buku ini korang akan di ajar melipat tepung yang menjadikan pastri korang berlapis. Bukan mengunakan sebarang marjerin yer. Kena mengunakan marjerin khas. JIka tidak, habis pastri korang rosak. Semua ini adalah berdasarkan pengalaman Kak Z. Sebab Kak Z mengajar. Kak Z tulis setiap detail dalam pembuatan pastri ini sebagai rujukan. Takut lupa kalau lama tidak buat. Kalau tanya cukup atau ilmu yang ada sekarang? Terus terang kata.. belum cukup hendak belajar lagi.
Bila orang bagi peluang untuk bersiaran secara live untuk promosi buku ini..apa lagi Kak Z ambil. Supaya korang tahu buku ini ada di pasaran dan korang boleh cuba membuatnya d rumah. Sejak ekonomi macam tan tentu arah ni. boleh buat di rumah. Anak-anak korang mesti suka. Kalau 1 kg tepung banyak boleh dapat. Banyak jenis korang dapat Makan pun puas.
Selamat mencuba.. kalau beli jangan simpan.. kena buat. PRACTICE MAKE PERFECT
Ok bai
No comments:
Post a Comment