27 November 2016

ULTHERAPY .. KEPUTUSAN YANG MENAKJUBKAN SELEPAS 240 HARI


RAWATAN ULTHERAPHY


4 April 2016, Kak Z mendapatkan rawatan ultherapy. Waktu tu muka Kak Z teruk sangat. Pipi dan alis mata jatuh. Bila tengok cermin Kak Z sendiri takut dengan muka Kak Z. Kadang-kadang Kak Z tanya aku ke ni? Pasrah juga lah. Sebab usia dah 43 tahun, faham-faham aje lah. Muka kita akan melentur ke bawah sebab kolegen kita kurang aktif. Rupanya ada cara untuk meningkatkan kolegen kita walaupun kita telah berusia.

Macam-macam rawatan yang adakan dalam pasaran. Betul tak? Antaranya ialah dengan pembedahan, memasukkan benang dan memakan bahan gantian kolegen. Worst come to worst masukkan susuk kedalam muka. Gerenti nampak muda. Apa pun Kak Z memilih untuk mendapat rawatan Ultherapy. Korang kena baca tulisan Kak Z mengenai Ultherapy di  http://www.azurarahman.com/2016/04/rawatan-ultherapy-di-mahkota-medical.html. Di sini korang akan faham bagaimana cara rawatan ini dijalankan. 



Tarikh Gambar 4 April 2016

Keputusan yang menakjubkan ialah selepas 180-240 hari. Waktu Kak Z menulis artikel ini, ialah hari yang ke 270. Korang cuba tengok gambar atas dan bawah. Nampak atau tidak perbezaannya. Gambar atas buruk sungguh mukaku. Bawah ada perubahan betul tak? Muka Kak Z anjal terutama bahagian pipi dan mata. Muda 10 tahun.. haaaa..


Tarikh Gambar 26 November 2016

Perubahan selepas rawatan ultherapy tidak dapat di lihat serta merta. Ianya berlaku berperingkat. Kena menjalani kehidupan yang sihat. Tidur secukupnya, makan yang berkhasiat supaya menghasilkan kolegen yang sihat. elakkan meminum kopi dan bersenam muka. Kak Z banyak membaca melalui review dari mereka yang pernah menjalani rawatan ini. Kak Z juga mengamalkan cara mereka. Kena ada ilmu juga untuk mendapatkan muka yang cantik yer. Nanti korang kata Kak Z tipu. Tidak mahu lah macam tu.

Sesiapa yang pernah mendapatkan rawatan ini ratanya mereka semua berpuas hati. Jennifer Aniston dan Kim Kardishan juga memilih untuk menjalani rawatan ini.. korang jangan terkejut. Sesiapa yang membuat review mengatakan rawatan ini tidak elok, sebab mereka tidak sabar menunggu 240 hari atau tidak menjalani kehidupan yang tidak sihat. Seperti minum alkahol, kopi, cara hidup tidak sihat dan tidak menjaga makanan mereka. Cara ini membawa kepada keputusan yang mengecewakan. So jalani hidup yang lebih sihat yer.





Penjagaan utheraphy adalah mudah. Untuk rawatan sampingan bagi menjadikan kulit Kak Z tidak berjerawat dan berjeragat Kak Z mengunakan set penjagaan muka Luminous Cosmoderm dan injection Vitamin C. Secara tidak langsung ini menjadikan Kulit Kak Z halus dan flawless. Untuk mendapatkan maklumat mengenai Luminous boleh baca di sini -  http://www.azurarahman.com/2016/08/hapus-jeragat-cosmoderm-luminous-pearl-set.html. Kak Z belum dapat menulis mengenai injection Vitamin C kerana masih dalam rawatan Selepas mendapat keputusan 100%, Kak Z akan menulis mengenainya.

Setiap wanita mahu kelihatan cantik. Betul tak? Jadi jaga kecantikkan anda dengan cara betul. Jangan lakukan cara merbahaya. Pilih cara selamat. 

Ok bai



No comments:

Post a Comment

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...