14 November 2016

PISANG GORENG TEPUNG GANDUM YANG SEDAP



Kak Z sekarang ini tolong masak untuk calon SPM, Sek Men Keb Ghafar Baba, Masjid Tanah, Melaka. Sebab cuti tanpa buat apa.. jadi apa salahnya tolong. Dalam masa menolong macam- macam petua dan resepi yang Kak Z dapat. Nampak jer terror masak tapi masih ada kekurangan. Dapat belajar pun dah seronok. Betul tak?

Hari ini dapat belajar cara membuat pisang mengunakan tepung yang garing dan sedap. Pernah juga Kak Z mengunakan tepung gandum tapi hampeehh lemau. Kak Z mengadap tuan yang buat pisang goreng ni. Dari dia bancuh tepung sampai boleh masuk mulut. Senggalkan?

Nama kak yang buat pisang goreng ni Kak Zai, Pembantu Tadbir sekolah. Dia bancuh tepung tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cari. Macam bancuhan jemput-jemput tapi cair sikit. Minyak masak kena penuh kuali. Kenapa? pisang yang di goreng perlu tenggelam dalam minyak. Api juga perlu besar. Apabila pisang berada dalam keadaan begitu. Seriously garing sangat. Makan pun cruppp crubbb.

Baru Kak Z tahu kenapa all this while my banana fries never been crunchy like this. Terim kasih Kak Zai bagi resepi dan petua yang sangat berguna ini. Anak-anak Kak Z kan suka makan pisang goreng. Bila dapat macam lagilah diaorang suka. Selamat mencuba

Resepi:
5 biji pisang nangka
1 cawan tepung gandum
1/4  cawan air
1/4 sudu teh serbuk kunyit
1/4 garam halus
Minyak masak yang banyak

Cara:-
1.Gaul tepung, air, kunyit dan garam.
2. Hasilnya tidak terlalu pekat atau cair supaya boleh salut pada pisang
3. Minyak masak perlu banyak supaya pisang tenggelam dalam minyak
4. Minyak perlu betul-betul panas
5. Api besar dan goreng hingga garing


Ok bai

No comments:

Post a Comment