19 November 2016

BAKUL SIA...TRADISI MELAKA ISI BUAH TANGAN



Bakul Sia merupakan bakul yang sering dibawa bersama ke majlis perkahwinan bagi mengisi buah tangan untuk tuan rumah bukan saja bagi masyarakat Nyonya Peranakan bahkan juga bagi masyarakat Melayu Melaka. Bakul Sia terdiri daripada beberapa saiz serta beberapa tingkat. Harga setiap satunya bergantung kepada saiz serta tingkatnya. Bakul Sia sesuai dijadikan sebagai cenderahati, hantaran, hiasan serta hamper.

Bakul Sia kebiasaannya diperbuat daripada buluh, kayu dan dibalut dengan kertas tebal atau kulit. Masyarakat umum di Melaka menggunakan bakul ini untuk pelbagai tujuan seperti hantaran perkahwinan dan pemberian hadiah.

Ia terdiri daripada beras, daging, kain, kuih muih dan sebagainya sehingga ia menjadi salah satu daripada bahan yang dilihat semasa upacara perkahwinan. Bakul Sia mempunyai satu tingkat hingga ke beberapa tingkat. Corak hiasan dan besarnya bakul ini bergantung kepada kemampuan dan tujuan seperti mana yang dikehendaki oleh pemiliknya.

Masa Kak Z berumur 7 tahun, kakak sulung kahwin. Masa keluarga lelaki hendak balik selepas majlis perkahwinan, majlis bertukar buah tangan. Waktu tu Kak Z tak berapa nak faham. Arwah mak isi makanan dan kuih muih dalam bakul Sia atau baba nyonya panggil bakul Siah. Bila bertandang ke rumah lelaki mereka memulangkan bakul tersebut dengan di isi makanan dan kuih muih juga. Bila Kak Z dah besar dan faham ada abang dan kakak yang kahwin juga buat cara yang sama. Rupanya memang itu tradisi orang Melaka. Di rumah Kak Z sendiri ada 2 biji. Kalau jual korang rasa berapa ribu. Mana boleh jual.. Arwah mak beli tu.

Bakul ini pada asalnya telah dibawa ke Melaka pada zaman Puteri Hang Li Po. Banyak digunakan dalam kehidupan golongan Baba dan Nyonya Melaka. Sesetengah kampung di daerah Alor Gajah masih menggunakan sehingga kini. Ianya juga digunakan oleh golongan Melayu di daerah Alor Gajah dan Tampin untuk membawa barang-barang pemberian perkahwinan untuk tuan rumah yang menjalankan majlis perkahwinan atau pun kenduri seperti gula, telur dan sebagainya. Setelah majlis tamat, tuan rumah akan mengisi bakul ini dengan bekalan seperti nasi minyak, kuih dan sebagainya sebagai bekal untuk dibawa pulang. Pembuatannya yang agak sukar dan teliti menyebabkan hatganya agak mahal. Harganya boleh mencecah ribuan ringgit mengikut saiz dan hiasan.

ok bai


5 comments:

  1. Hi Kak Z,
    Boleh tau tak kat mane boleh beli bakul siah ni. I nak cari saiz 21cm untuk company event

    ReplyDelete
  2. Hi kak Z,boleh tau tak kat mana jual saiz paling kecil,boring,yg biasa2?

    ReplyDelete
  3. Hai kak z, kat mana ye blh dpt bakul sia nie?

    ReplyDelete

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...