22 March 2015

Rendang ayam pucuk ubi

assalamualaikum


rendang ayam pucuk ubi ni di perkenalkan oleh kawan akak. nama dia yusnida yahya orang seromban. sedap yang amat. dia buat guna ayam tua. kenapa ayam tua?

ayam tua susah nak cari. ayam tua susah nak hancur klu masak rendang. proses masak rendang lama blh menyebabkan ayam hancur. olehitu guna ayma tua atau ayam kampung . oleh kerana susah mau cari guna jer lah ayam muda

jom kita buat

bahan

1 ekor ayam potong 12
500ml santan
5 batang serai
2 biji bawang merah
10 ulas bawang putih
5cm halia sebesar ibu jari
5cm lengkuas sebesar ibu jari
5 batang serai
sehelai daun kunyit
5cm kunyit hidup sebesar ibu jari
10 biji cili padi
50gm cili boh
kerisik
1 sudu kecil gula
1 sudu besar garam
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
pucuk ubi ikut suka berapa banyak

cara
  1. kisar bawang putih, bawang besar. kunyit, cili padi dan halia
  2. serai hiris halus
  3. masukkan semua bahan dan cili boh didalam kuali
  4. lengkuas di ketuk dan masukkan kedalam kuali bersama kayu manis dan bunga lawang
  5. didihkan semua bahan ini
  6. apabla mendidih masukkan ayam
  7. masak hingga yam lembut dan masukkan santan
  8. masukkan kerisik, garam dan gula
  9. biarkan rendang kering sedikit dan masukkan pucuk ubi
  10. biarkan betul-betul kering
  11. akhir sekali hiris halus daun kunyit dan masukakn kedlm rendang
# jika mengunakan ayam muda saya akan memasukkan semua bahan kecuali pucuk ubi. bila sudah kering baru masukkan pucuk ubi. 

ok selamat mencuba

#kelabbloggerbenashaari

ok bai


No comments:

Post a Comment

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...