kenapa panggil kuih lapis my momee.. sbb adik cakap nak momee buat juga. ok mak dia pun buatkan lah kuih lapis.. tapi bukan merah putih macam yang dia nak.. hijau kuning sebab perisa rose dah habis.. habis 'loktang'... apakah loktang..nangis guling guling..tu..
mak pun pujuk tunjukkan botol sirap dah habis. kedai tutup,, momee sakit pinggang nak bawa keta jauh.. mcm2 lah mak dia goreng.. akhirnyer termakanlah pujukkan mak dia..sebenow nyer mak ko malas nak kuar.. pepanas
suka hati mak..makan juga akhirnya.."momee sedap lah.. rasa pandan'..dalam hati mak pun berkata-kata..memang le sedap sekilo santan mak ko masukkan..
jom kita buat
resepi
300gm tepung gandum
100gm tepung beras
320gm gula pasir
500ml santan
secubit garam halus
1400ml air..kalau aduan tidak cukup 2000ml selepas bancuh tambah air supaya jadi 2000ml
perwarna hijau
1/4 sudu kecil pes pandan
pewarna kuning
cara:-
- bancuh ssemua bahan kecuali pes dan pewarna
- blander dan tapis
- bahagikan kepada 2 bahagian.. setiap bahagian 100rkan warna 0ml
- satu bahagian campurkan perwarna hijau dan pes pandan dan satu bahagian lagi campur warna kuning
- sediakan air kukusan
- loyang 10 x 10 inci sapukan minyak
- minyak untuk memudahkan kita keluarkan kuih dari loyang nanti
- bila air kukusan sudah panas masuk kan loyang biar panas sebentar
- bancuhan tepung warna kuning di ukur 250ml
- tuangkan atas loyang dan tutup kukus
- biarkan selama 2 minit
- kemudian tuangkan warna hijau di ukur 250gm perlahan supaya tidak merosakkan lapisan bawah
- ulang hingga habis
- selepas habis tambah air dalam kukus biarkan kuih masak untuk 30minit
- selepas masak biarkan betul sejuk baru potong
selamat mencuba
ok bai
No comments:
Post a Comment