20 March 2015

siakap sweet sour

assalamualaikum

siakap sweet sour ni simple aje. budak-budak suka. bahan-bahan apa ada di rumah
jom kita buat


ini dia siakap sweet sour

resepi:-
1 ekor ikan siakap
1/2 cawan cili sos
1/2 cwan air
5 batang cili kering
 1 biji bawang besar
 5 cm halia sebesar ibu jari
sedikit garam 1/4 sudu teh gula
sekit serbuk kunyit
minyak masak

cara:-
  1. bersihkan ikan siakap, buang sisik dan insang
  2. cuci dengan air asam jawa untuk hilangkan hanyir ikan.. 
  3. kelar ikan ikut suka dan sapu dengan kunyit dan garam
  4. goreng dengan minyak yang betul panas
  5. petua untuk ikan tidak hancur dan melekat ialah meletakkan asam keping dalam minyak dan biarkan sebentar baru masukkan ikan
  6. biar garaing angkat dan masuk dalam bekas besar untuk tampung kuahnya nanti
  7. tumis bawnag dan halia yang di hiris halus
  8. tumis hingga naik bau
  9. masukkan cili sos dan air
  10. biarkan mendidih dan tutup api
  11. curahkan sos atas ikan 
  12. hias dengan daun sup atau bawang
selamat mencuba

ok bai


No comments:

Post a Comment