20 March 2015

berkelah di tanjung bidara

assalamualaikum

kat melak ani banyak pantai.. dr rumah hendak pantai 10 minit jer. so selalu lah kami ke pantai kalau mak dia orang tak sibuk.. kalau tak ke pengkalan balak.. ke tanjung bidara.. best bersih dan air jernih.. tapi tak lah sejernih pulau redang..

musim cuti sekolah kenalah cipta aktiviti utk kanak-kanak 5 orang ini.. kalau tak huru hara dunia di buatnyer hari tu masa pergi kita orang buat bbq simple jer..jgn gelak tengok jaring tu.


bbq  ikan , sotong, udang dan ayam

resepi:-

bahan

5 ekor ikan
5 ekor sotong
10 ekor udang
1 ekor ayam potong 16

cara:-
1. basuh semua bersih malam sebelum bbq

bahan perap

400gm gula merah
sedikit garam
2 sudu lada sulah
1/2 cawan kicap manis
1/2cawan sos tiram
sedkit serbuk perasa.. saya guna pasti sedap

cara:-
1. bancuh semua bahan
2. gaulkan bersama, ikan, ayam, sotong dan udang
3. perapkan untuk satu malam sebelum bbq

#masa membakar renjiskan sedikit minyak, dan air dari bahan sos tadi

sedap makan dengan nasi.

jom tengok aktiviti anak-anak masa di tepi pantai. mak tengok dari jauh.. kadang-kadand masuk juga dalam laut.. tapi berganti dengan abang takut barang-barang di ambil orang tau jer orang ramai kena juga ada syak wasangka kan kan..


hanif buat lubang pasir.. dia kata nak buat sedalam yang mungkin


haris pulak nak buat jerangkap samar... 


adik hanis.. bila macam ingatkan mak masa kecik-kecik 37 years ago.. mandi kat sini lah..



bersih juga pantai diakan sbb ada tukang sapu 


adik hanis mencuba acara renang.. pandainyer anak momee


lubang yang hanif buat dalam dalam 2 kaki


haris gali jumpa air.. momee nak buat perigi boleh tak? jawapan maknyer.. melopong

abang ni gi mana2 mesti nak be weechat..

kalau nak gi mandi laut yang dekat akak memang syorkan tanjung bidara dan pengkalan balak.. sambil tu boleh melawat bandar melaka.. kalau nak ke port dickson pun okay juga.. pilihan untuk mandi laut tanpa pergi ke tempat mahal.. ini adalh pilihan yang tepat..

bawa anak, sedara mara, ipar duai, mak n pak.. semua boleh ikut

selamat cuti cuti malaysia

ok bai

No comments:

Post a Comment

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...