17 March 2015

murtabak cracker

assalamualaikum

murtabak cracker ini bukan pilihan all my heros. tapi malam tadi ada kuliah agama di surau depan rumah so buat utk yang hadir kuliah tu. 



senang nak buat. kalau ada tetamu nak dtg short notice akak rasakan ini adalah hidang yang paling mudah untuk disediakan

bahan A
400gm daging hancur
1 biji bawang besar dihiris halus
daun kari
2 sudu besar serbuk kari daging
1/2 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh gula
minayk untuk menumis

cara:-
  1. tumis bawang hingga wangi
  2. masukkan daun kari dan serbuk kari daging hingga pecah minyak
  3. masukkan daging hancur dan biarkan daging masak
  4. tambahkan gula dan garam
  5. kacau hingga rata
  6. tutup api dan tapiskan minyak dari daging tadi


bahan B

1 pek cream cracker
5 biji telur
1kg santan
sedikit garam



cara:-
  1. ambil 500gm santan letakkan secubit garam
  2.  rendam kan cream cracker didalam santan
  3. campur telur, 500gm santan, inti daging dan garam
  4. susunkan cream cracker yng di rendam tadi dalam bekas pembakar
  5. tuangkan rata inti daging tadi
  6. susunkan lagi cream cracker
  7. ulang semula melatak inti daging
  8. ulang meletak cream cracker
  9. akhir sekali tuang habis inti daging
  10. bakar dengan suhu 200c selama 30 min atau masak





rendam cream cracker dalam santan



bancuh santan, telur dan inti daging


 
susun cream cracker dalam bekas pembakar



isikan dengan inti daging ulang hingga selesai

untuk hiasan akak selalu mengunakan daun sup dan dan cili merah

selamat mencuba

ok bai



No comments:

Post a Comment