13 March 2015

kuih keria

assalamualaikum

kuih keria. senang jer nak buat. try resepi ini


resepi dapat dalam 35-40 biji

bahan:-

1/2 kg ubi keledek putih
100gm tepung ubi
50gm tepung gandum
secubit garam

cara:-

  1. ubi keledek pilih yang kecil cepat empok
  2. buang kulit dan rebus
  3. rebus jangan terlalu lama agakdah empok angkat dan tapis air
  4. lenyek kan ubi tadi dan biarkan sejuk sedikit..agak-agak suam
  5. masukkan tepung ubi, gandum dan garam
  6. uli hingga rata... jangan tambah tepung kalau lembik biarkan sebentar dia akan keras
  7. kepalkan bulat-bulat dan buat seperti roda atau ring hingga habis
  8. goreng dengan api perlahan dan minyak tidak terlalu panas
  9. pusingkan perlahan supaya tidak hancus
  10. goreng hingga coklat dan garing
  11. angkat dan tapis minyak

bahan gula

1 cawan air
2 cawan gula pasir

cara:-
  1. panaskan air hingga mendidih didalam kuali 
  2. gunakan kuali supaya mudah untuk kacau keria nanti
  3. masukkan gula dan kacau sehingga gula larut
  4. kacau lagi supaya gula jadi karemal dan keperangan
  5. masukkan keria dan tutup api
  6. kacau keria tadi sehingga gula jadi keras
  7. jangan kacau atas dapur.. kalau boleh tempat bersimen supaya gula cepat keras
  8. kacau rata hingga semua keria disalut gula
selamat mencuba

ok bai


No comments:

Post a Comment