27 December 2021

TUNTUTAN NAFKAH ANAK




 Assalamualaikum... 

Ni saya copy dari biro bantuan guaman.. Moga jadi panduan


Nafkah anak? apa yang perlu diketahui

Suami Isteri Wajib Tahu Hal Nafkah Anak Penceraian / By Peguam Syazmee

“Pada siapa harus kutagih nafkah anak ini?” kerap kali kita mendengar cerita-cerita pengabaian terhadap anak di media sosial seperti facebook, twitter, instagram dan lain-lain.


Adakah disebabkan kurangnya ilmu ataupun kurangnya pemahaman berkaitan di kalangan masyarakat?


Menurut Statistik Pendaftaran Kes ini di Mahkamah Syariah Seluruh Malaysia bermula dari tahun 2013-2018 yang berdaftar sahaja berjumlah 12,983 kes.


Bayangkan yang tidak mendaftar di mahkamah, sudah pasti lagi banyak. Mungkin anda tergolong dalam golongan belum berdaftar?



APA ITU NAFKAH?

Pertama sekali, kita perlu faham definisi. Nafkah ini ialah mengeluarkan belanja atau sara hidup kepada mereka yang wajib ke atas seseorang sama ada isteri, anak dan orang-orang yang di bawah tanggungannya. Ia termasuk:


● keperluan tempat tinggal,

● makanan,

● pakaian,

● pendidikan,

● keagamaan

● perubatan.


NAFKAH BAGI ANAK SAH TARAF

kita akan fokuskan kepada anak sah taraf sahaja. Hal ini kerana terdapat sedikit perbezaan di antara anak sah taraf dan anak tidak sah taraf di mana anak tidak sah taraf lebih merujuk kepada si ibu.


Persoalan utama di sini, siapa yang wajib menanggung anak?


Jawapan yang paling tepat ialah BAPA. Jika bapa tiada, tanggungan berpindah mengikut susunan tertib wali.


Hal ini bersesuaian dengan nas al-quran daripada Surah Al-Baqarah, ayat 233 yang menyatakan kewajipan bapa ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya.


Tidaklah diberatkan seseorang menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya.


Ringkasnya penurunan tanggungjawab menurut turutan (turutan wali) sepatutnya seperti

berikut:


SYARAT WAJIB

Jumhur Fuqaha mendasarkan seorang bapa wajib memberi nafkah untuk anaknya dengan syarat: 


Bahawa anak itu belum boleh berdikari. Bagi anak perempuan sehingga dia berkahwin atau sehingga dia ada pekerjaan. 

Bahawa anak itu miskin tidak mempunyai harta sendiri untuk menafkahkannya.

Bapa itu mampu memberi nafkah. 

Nafkah anak telah dijamin dalam undang-undang di Malaysia. Perkara ini dapat di rujuk di dalam Seksyen 72 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984.


Seksyen 72. Kewajipan menanggung nafkah anak


(1) Kecuali jika sesuatu perjanjian atau sesuatu perintah Mahkamah memperuntukkan selainnya, maka adalah menjadi kewajipan seseorang lelaki menanggung nafkah anaknya, sama ada anak itu berada dalam jagaannya atau dalam jagaan seseorang lain, sama ada dengan mengadakan bagi mereka tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan, dan pelajaran sebagaimana yang munasabah memandang kepada kemampuan dan taraf kehidupannya atau dengan membayar kosnya.


(2) Kecuali seperti tersebut di atas, adalah menjadi kewajipan seseorang yang bertanggungan di bawah Hukum Syarak, supaya menanggung nafkah atau memberi sumbangan kepada nafkah kanak-kanak jika bapa kanak-kanak itu telah mati atau tempat di mana bapanya berada tidak diketahui atau jika dan setakat mana bapanya tidak berupaya menanggung nafkah mereka.


Sesungguhnya, anak itu adalah amanah Allah kepada orang tuanya dan wajib seorang bapa memberi hak kepada anak-anaknya. 


“Suami Isteri Wajib Tahu Hal Nafkah Anak”

Pingback: Nafkah Anak Bergantung kepada Kemampuan Si Bapa | Peguam Syarie


Copyright © 2021 Peguam Syarie

No comments:

Post a Comment

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...