HAK HAK WANITA SELEPAS BERCERAI
1) Mahar Yang Belum Dijelaskan
Berdasarkan hukum syarak sebarang mas kahwin yang diberikan kepada seorang isteri semasa berkahwin adalah menjadi hak isteri dan tidak boleh diambil balik oleh suami kecuali dengan izinnya, kecuali apabila berlakunya perceraian sebelum berlakunya persetubuhan.
kalau dirujuk didalam undang-undang syariah di malaysia perkara ini termaktub dibawah seksyen 59 enakmen keluarga islam.
jelas disini isteri berhak menuntut mahar yang tertunggak
2) Nafkah Iddah
nafkah iddah adalah nafkah yang boleh dituntut oleh bekas isteri selepas bercerai semasa dalam tempoh beriddah.
contohnya selama tiga bulan bekas suami harus menyediakan tempat tinggal dan makan minum pada bekas isteri.
3)Tunggakan nafkah
Nafkah wajib dibayar kepada isteri apabila berlakunya perkahwinan selama mana isteri masih taat kepada suami. Nafkah tersebut termasuklah makanan, pakaian, tempat tinggal, pekakas rumah dan lain-lain lagi menurut keadaan dan adat ditempat masing-masing berdasarkan juga kemampuan suami untuk menyediakan keperluan tersebut.
jika nafkah itu tidak dibayar dengan secukupnya maka si isteri boleh menuntut jumlah tunggakan tersebut
4)Hak Terhadap Mut’ah
Hukum syarak jelas menyebut tentang kewajiapan seorang lelaki membayar mut’ah kepada isteri (saguhati slps perceraian)
5)Harta sepencarian
Harta sepencarian boleh ditakrifkan sebagai harta sama ada harta alih atau tidak alih yang diperolehi bersama oleh pasangan suami isteri semasa kewujudan perkahwinan mereka hasil dari sumber-sumber atau usaha mereka. Harta ini dikenali sebagai harta sepencarian dan menurut Adat Temenggong atau harta carian laki-bini menurut istilah Adat Pepatih.
6)Hak penjagaan anak (Hadhanah)
7) nafkah anak
#copypastedaripeguamsyarieNAA
#1hari1ilmusyariah
#1hari1ilmu
No comments:
Post a Comment