04 June 2021

IKAN KURAU MASIN GORENG BAWANG


Bila umur sudah meningkat takut nak makan benda yang terlebih masin atau terlebih manis. Tapi bila sampai ke ikan masin tidak boleh tidak mesti kena makan. Hari ini Kak Z share resepi mudah Ikan kurau Masin Goreang Bawang. Mudah dan sedap. 15 minit serving sahaja. jumlah bahan yang kita gunakan adalah ikut berapa banyak yang korang hendak masak. Kalau tengok gambar untuk seorang makan sebab sedap yang amat.. jom kita buat

Bahan:-

Ikan kurau masin
Bawang holland
Halia
Bawang putih
1 sudu besar biji sawi 
Cili kering
Minyak masak

Cara:-

1. Potong ikan kurau saiz cube
2. Rendam dalam air untuk kurangkan masin
3. Potong cili kering untuk buang biji
4. hris bawang holland, bawang putih dan halia
5. Panaskan minyak masak dan goreng ikan kering hingga garing
6. Masuk cili kering untuk rasa pedas-pedas sikit
7. Masukkan biji sawi untuk menaikkan aroma 
8. Masukkan bawang hiris dan goreng hingga bawang layu
9. Boleh hidang

ini adalah link youtube video Kak Z yang korang tengok satu persatu Kak Z buat dan di bawah adalah gambar sebagai rujukan


Gambar rujukan




Ikan kurau masin


Biji sawi


Cili kering


Bahan hirisan -Bawang holland, bawang putih dan halia


Goreng hingga garing



Masukkan semua bahan.



Selamat mencuba












 

No comments:

Post a Comment

MENANAM POKOK PUDINA DENGAN KERATAN BATANG

  Menanam pokok pudina dengan cara yang mudah. Kak Z hanya mengunakan potongan batang pudina.Cara:- 1. Daun pudina yang kita beli di pasar a...