11 June 2021

CARA MEMBUAT TAUHU DENGAN CUKA


 Ramai suka makan tauhu. Tapi tidak ramai tahu membuat tauhu. Selalunya kita beli dipasar. Masalah pada Kak Z kalau hendak membeli di pasar perlulah buatan muslim. Hendak mencari buatan muslim memang susah di tempat Kak Z.  

Kak Z memang membuat tauhu untuk jualan. Cuma kesuntukan masa menyebabkan Kak Z berhenti sekejap dari membuat dan menjual tauhu. Insyallah nanti Kak Z  sambung semula.

Kali ini Kak Z nak share cara paling mudah untuk membuat tauhu dengan mengunakan cuka sebagai bahan untuk mengeraskannya. Untuk jualan Kak Z mengunakan GDL. GDL boleh di beli di kedai menjual nahan bakery. Orang panggil serbuk buat too fu faa. Orang kedai mesti tahu.

Kak Z ada share video di Youtube. ini linknya nanti boleh tengok


Bahan A
3 sudu besar cuka
1/2 cawan air

Cara:
1. Campur cuka dan air 

Bahan : B

1 1/2 cawan kacang soya
10 cawan air
3 sudu besar cuka makan + 1/2 cawan air

Cara:-

1. Rendam kacang soya selama 3-4 jam
2. Bersih  kacang soya
3. Kisar dengan air sedikit demi sedikit
4. Tapis dengan mengunakan kain bersih
5. Tujuannya adalah untuk mendapat susu air soya yang halus
6. Masak air soya denga api yang sederhana
7. Perlu sentiasa kacau supaya tidak hangit di dasar peiuk. Jika hangit tauhu kita juga akan berbau hangit
8. Bubble yang pertama tututp api dan buang buih di bahagian atas air soya yang telah masak
9. Sekali lagi air soya perlu dia tapis
10. Biarkan 10 minit
11. Selepas 10 bahagia atas akan mengeras menjadi seperti pucuk tauhu keluarkan
12. Kacau sendikit demi sedikit air cuka yang di kita telah sediakan lebih awal.
13. Kacau perlahan. kalau terlalu kuah enzim air soya akan pecah dan menjadikan tauhu keras
14. Biarkan selama 20 minit

Selepas 20 minit adalah proses untuk menjadikan tauhu. kak Z mengunakan acuan tauh yang di beli di shoppe. sangat mudah dengan adanya acuan ini. Acuan ini disertakan dengan kain 




Cara:-
1. Basahkan kain dan alaskan ke dalam acuan
2. Buang air didalam tauhu yang kita keraskan tadi dengan mengunakan senduk sedikit demi sedikit
3. Masukkan tauhu sedikit demi hingga habis
4. Tutup tauhu dengan kain dan penutup acuan
5. Tindihan acuan dengan pemberat, tujuannya ialah mengeringkan air dalam tauhu dan membentukan tauhu
6. Sudah kering keluarkan danmasukkan kedalam air sejuk sehingga tauhu sedikit keras
7. Bila sudah keras boleh potong dan masak ikut kesukaan kita


Tutorial tauhu ini lebih mudah kalau lihat tonton di youtube

Selamat mencuba

ok bai



No comments:

Post a Comment

MENANAM POKOK PUDINA DENGAN KERATAN BATANG

  Menanam pokok pudina dengan cara yang mudah. Kak Z hanya mengunakan potongan batang pudina.Cara:- 1. Daun pudina yang kita beli di pasar a...