13 February 2021

DONUT KENTANG GEBU | sukatan cawan


Musim MCO atau PKP ni, anak-anak semua ada di rumah. Semua akan cepat lapar. Tau aje lah semua anak lelaki. Sebangai ibu , Kak Z kena kreative untuk menyediakan pelbagai jenis makanan. Antara pilihan adalah donut. Secara kebetulan Kak Z nak rakam video untuk youtube Kak Z. Maka terjadilah donut kentang gebu ni. Selalu buat antara malas dan rajin sahaja untuk merakamkan video dan menulis resepi dalam blog.

Resepi ini menguna sukatan cawan. Jadi semua orang boleh buat. Bukan semua rumah ada alat penimbang. Cara mudah mengunakan cawan. Jom kita buat

Bahan A

1 biji kentang

Cara:-
1. buang kulit rebus dan lenyek

Bahan B 

1 pek yis atau 11gm yis
1 sudu besar gula
1/4 cawan air

Cara:-

Campur semua bahan ini sampai yis kembang

Bahan C

3 1/2 cawan tepung gandum
3 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 biji telur
3/4 cawan air sejuk
2 sudu besar marjerin

Cara:-
1.  Semua bahan A, B dan C.
2. Uli semua bahan ini hingga menjadi doh
3. Rehatkan doh selama 30 minit dengan menutup doh. jangan bagi terdedah nanti doh keras
4. Selepas 30 minit  bahagi doh kepada 20 biji dan  bulat-bulatkan. 
5. Rehat semua selama 10 minit
6. sesudah 10 minit buatkan lubang di tengah- tengah doh. janjikan seperti cincin
7. Panaskan minyak masak dengan suhu yang rendah. Jika suhu terlalu tingga donut akan menyerap minyak yang banyak
8. Goreng donut sehingga kekuningan
9. Kak Z mengunakan gula castor untuk salut donut.

Kalau koranng dan tengok cara Kak Z buat donut boleh tonton youtube Kak Z 


Selamat mencuba

ok bai




 

No comments:

Post a Comment

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...