04 June 2021

CHEEZY SPAGHETTI BOLOGNESE MEAT AND MUSHROOM



Memasak dan makan dengan rasa gembira adalah satu reward. Maknanya masakan kita sedap. Anak-anak Kak paling suka masakan yang berjenis pasta dan cheese. Pastinya licin periuk. Hari ini Kak Z share cara buat cheezy spaghetti bolognese yang tentunya menu yang selalu Kak Z buat untuk anak. Untuk video boleh tonton di


Bahan:-
500gm daging hancur
Beberapa ulas bawang putih
Bawang besar
3 biji tomato
1 tin tomato yang di dadu (pilihan jika tidak ada pun boleh
1 tin kecil tomato puree
1 sudu besar lada hitam kisar
1 sudu besar garam halus/ secukup rasa
2 sudu besar gula
Daun rosemary
Daun Thyme
1 pek spaghetti
Minyak zaiton untuk menumis
Mozarella cheese

Cara:-

Masak Spaghetti terlebih dahulu

1. Hiris bawang  besar dan bawang putih
2. Potong tomato dan cendawan
3. Panaskan kuali dan tumiskan bawang putih
4.  Masukkan bawang besar dan masak hingga bawang layu
5. Masukkan daging dan biarkan masak hingga daging keluar air
6. Masukkan tomato
7. Masukkan garam
8.Masukkan tomato tin
9. Masukkan cendawan dan di ikuti dengan tomato puree
10. Kak Z suka mengunakan thyme dan rosemery fresh sebab aroma yang sedap. boleh juga guna parsley yang kering
12. Masukkan gula dan lada hitam kisar
13. Masukkan air satu cawan biarkan  bolognese masak
14. Pasta telah masak boleh di tuangkan dengan kuah bolognese
15. Taburkan mozarella dan panaskan kedalam microwave  selama 1 minit
16. atau ke dalam oven sehingga mozarella cair
17. Boleh hidang

selamat mencuba






 

No comments:

Post a Comment

MENANAM POKOK PUDINA DENGAN KERATAN BATANG

  Menanam pokok pudina dengan cara yang mudah. Kak Z hanya mengunakan potongan batang pudina.Cara:- 1. Daun pudina yang kita beli di pasar a...