19 July 2020

KOREAN SPICY CHICKEN WINGS




Resepi ayam goreng pedas Korea ada banyak versi. Kak Z sendiri tidak pasti mana yang sedap atau tidak. Jadi Kak Z buat mengunakan perencah Sos Korea. Memang pedas. Tapi sedap kalau kita makan dengan mayonise. Anak-anak Kak Z sukalah

Resepi untuk salut ayam mengunakan resepi buffalo chicken wings yang kawan Kak Z ajar. Buffalo chicken wings mengunakan Tobasco Sos. Tapi kalau ini kita ubah mengunakan Sos Korea. Dalam resepi ini Kak Z guna 2 pek Sos Korea

Resepi Korean Spicy Chicken Wings

Bahan:-

1 kg kepak ayam
1 biji telur
1 cawan tepung jagung
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk perasa
2 pek sos korea
2 sudu besar bijan
Minyak untuk mengoreng

Cara:-
1. Bersih ayam dan gaulkan dengan garam, serbuk perasa dan telur
2. Gaulkan dengan telur dan ketepikan
3. Goreng bijan tanpa minyak hingga keperangan
4. Panaskan minyak dalam kuali mengoreng dan ayam perlu di goreng hingga garing
5. Goreng hingga garing
6. Panaskan sos korea dalam kuali dan masukkan bijan
7. Masukkan ayam dan gaul ayam dengan sos hingga rata.
8. Boleh di hidang

Bijan yang kita goreng akan menaikkan aroma ayam kita. Korang kena cuba mesti puas hati dengan resepi ini

Ok bai

No comments:

Post a Comment

DOKUMEN PERJALANAN TERHAD UNTUK HANIF

Antara perkara yang mengembirakan ialah apabila anak-anak menerima tawaran  untuk melanjutkan pelajaran. Hakim sekarang belajar di UiTM Jeng...