27 September 2020

KUIH BINGKA UBI RESEPI MAK-MAK



bingka ubi

Kuih bingka ubi kalau masa zaman arwah mak masih hidup mengunakan kayu api. Sekarang guna oven sahaja. Ukuran tidak mengunakan timbangan tapi ukuran cawan. Resepi arwah mak Kak Z pembuat kuih lama-lama. Sebenarnya banyak resepi lama-lama yang masih tersimpan. Kakak-kakak Kak Z yang ingat. Kak Z abadikan resepi di blog supaya semua orang boleh mencuba resepi-resepi ni suatu hari nanti.

Ubi kayu dulu cabut belakang rumah sahaja. Sekarang banyak benda tidka boleh tanak. Sebab banyak tanaman rosak akibat babi hutan dan monyet. Kenalah beli di pasar. Beli anggaran 2kg ubi kayu untuk mendapatkan 3 cawan ubi kayu parut.


https://www.youtube.com/watch?v=15lJeMgE8cs


Kak Z mengunakan cara lama. Parut ubi kayu tu mengunakan pemarut kelapa.Korang boleh tengok youtube It's Azuraa Rahman. dalam tu Kak Z ada tunjuk caranya. Selepas parut perah air ubi kayu dengan mengunakan kain bersih. Air perahan simpan supaya air dan kanji terasing. Nanti buang air dan ambil kanji untuk di campurkan dalam adunan kuih bingka kita.

Bahan:-

3 cawan ubi parut
2 biji telur
1 cawan santan
1 1/4 cawan gula pasir
1 sudu kecil esen vanilla
1/4 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil pewarna kuning
2 sudu marjerin dicairkan
Kanji dari air ubi kayu yang di parut

Cara:-

1. Gaul semua bahan di atas hingga adunan rata
2. Sapu loyang pembakar dengan minyak
3. Masuk adunan kedalam bekas pembakar
4. Bakar selama 1 jam api atas baah 180c
5. Potong apabila sejuk

Selamat mencuba

Ok bai




No comments:

Post a Comment

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...