23 February 2019

TRAVELOG 22: TINGGAL BASIKAL TEPI JALAN DI TOKYO


Pelik tapi benar. Masa Kak Z memula sampai Tokyo rasa pelik sebab selamba je letak basikal di tepi jalan. Tidak berkunci pula tu. Tak risau ke basikal ko hilang. Bukan sebiji tapi banyak biji basikal selamba je celah-celah pokok tepi jalan Tokyo. Lagi jauh jalan. Lagi banyak jumpa basikal di jalan atau bangunan. Itu yang gayat.

Bila Kak Z baca di komen dalam group FB Road To Japan, memang mereka basikal di tepi jalan tanpa rasa risau. Sebab memang tidak ada yang curi. Kalau kat Malaysia..habislah basikal ko hilang.

Kak Z kagum dengan orang Jepun tidak ambil hak orang. Di Japan ada juga orang jahat. Contoh kawan Kak z kena pickpocket di Shinjuku. Tapi dia kata bukan orang Jepun yang langgar dia masa rasa dia kena pickpoket tapi orang seperti bebangsa arab. Oleh itu di mana kita berada perlu berhati-hati.


Pada hari Kak Z jalan dari Asakusa ke Imperial Palace. Macam-macam Kak Z jumpa antaranya ikan kap yang besar ni. Akak pun terfikir kalau kat negeri aku, ikan ni best dan cantik mesti dah hilang masuk kolam orang lain. Ialah kan ikan ni cantik dan besar. Di sana ikan ni dapat hidup dengan tenang tak de orang usik pun. Atittude mereka di ajar jangan kacau hak orang. 

Ada juga perkara tidak elok Kak Z jumpa semasa di Jepun. Biasalah manusia bukan semua perfect. Tapi banyak benda yang buat kita kagum dengan masyarakat Jepun. Kak Z jalan di waktu pagi jumpa anak-anak ke sekolah tanpa di hantar oleh ibu bapa. Anak-anak ini berdikari. Terfikir mak n pak dia tak risau ke?

Berdisiplin. Banyak juga negara yang Kak Z pergi memang berdisiplin. Kurang disiplin negara arab dan china #opsss.. tulisan berdasarkan pengalaman hokey...  Yang menjadikan tidak berdisiplin ialah orang luar yang datang ke negara mereka. Di Jepun lah. Tak susah nak menampak mereka berdisiplin ataun tidak iaitu merokok. Mereka merokok di tempat khas merokok. Putung rokok pun di buang di tong sampah. Bukan selamba buang di lantai. 

Oleh itu..kita yang suka ke Jepun cuba ambil iktibar cara diaorang. Ambil yang baik. Elakkan yang tidak baik. Supaya kita tidak di chop orang yang kurang berdisiplin. Tulisan ini adalah dari sudut pandangan Kak Z. Mungkin lain orang lain pandangannya betul tak? Selamat berjalan-jalan..

Ok bai



No comments:

Post a Comment

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...