10hb Mac 2018 dengan suhu 15c sejuk juga lah. Misi hari yang sejuk ialah melihat Hong Kong di Victoria Peak. Untuk melihat Hong Kong dengan menarik Kak Z cadangkan pergi ke Sky Terrace. Sky Terrace 428 kat mana? Sky Terrace 428, berdiri di atas 428 meter di aras paras laut, adalah platform tertinggi di Hong Kong yang menawarkan pemandangan panorama 360 darjah yang menakjubkan di seluruh Hong Kong. Jadi kena naik ke Victoria Peak. Sebab Sky Terrace 428 kat atas tu..hii. Dua pilihan untuk naik ke atas iaitu samada naik tram atau mendaki naik ke atas.
Hong Kong Peak Tram adalah cara yang menyeronokkan untuk sampai ke Victoria Peak, salah satu tarikan pelancong di Hong Kong. The Peak Tram bersama-sama dengan Star Ferry adalah dua institusi ikonik Hong Kong yang telah ada selama lebih dari satu abad. Sama Macam Bukit Bendera dan Feri Pulau Pinang yang mempunyai sejarah memasing.
Kak Z naik tram. Tak sanggup aku.. sebab sensorang daki kalau berdua daki juga. Ada jalan yang boleh di lalui dari kaki bukit. Waktu pagi nyaman. Kalau tengok dari atas pelantar Sky Terrace, Kak Z boleh nampak ramai yang naik dengan berjalan kaki. Geng-geng bus sekolah dan makcik bawang.. fuhhh peluh tiak.. insyallah satu hari dah ada partner i'll do it.
Victoria Peak Tram, tempuh perjalanan masa kurang dari 10 minit dan membawa anda dari stesen Terminus yang lebih rendah di Tengah ke Puncak, melalui hutan bangunan di bahagian bawah ke bahagian hijau pulau ni sampailah tiba di terminal di Menara Sky Terrace
Untuk melihat pemandangan terbaik harbour dua pilihan popular iaitu di puncak Sky Terrace atau The Peak Galleria Terrace. Di puncak Sky Terrace 428. Orang ramai memang sukar untuk mendapat gambar yang cantik. tapi korang boleh lihat bukan sahaja ke arah Harbour. Tapi seperti Kak Z katakan tadi pemandangan seluruh Hong Kong. Pulau kecil persisiran pantai Hong Kong. Di The Peak Galleria Terrace hanya boleh nampak harbour sahaja. Halus je feri nampak dari atas.

Sky Terrace 428 - gambar google

Peak Tram dibina pada tahun 1888 - pengalaman yang menyeronokka untuk dirinya sendiri. Kak Z dah merasa naik keretapi Bukit Bendera yang lama dan baru. Tapi naik Peak Tram lain rasanya. Sementara meunggu tram datang korang boleh melawat The Historical Gallery The Peak Tram yang mempunyai lebih daripada 200 gambar dan bahan sejarah yang dipamerkan. Dibahagikan kepada 15 bahagian tema, ia menunjukkan kehidupan Hong Kong pada abad ke-19 dan ke-20. The Peak Tram telah berkhidmat di Hong Kong sejak 1888 dan bertahun-tahun telah dibelanjakan untuk mengumpul bahan sejarah dari seluruh dunia dan merancang galeri. Galeri ini mempunyai replika kereta Peak Tram generasi pertama dan 1926 Haulage Room dicipta semula yang bertanggungjawab untuk menarik trem ke atas dan ke bawah Peak selama lebih dari 60 tahun.
Victoria Peak Tram-gambar google
Turun sahaja tram korang akan sampai ke Peak Market, Peak Market berada di dalam bangunan Sky Terrace. Peak Market aalah versi tertutup berhawa dingin Ladies Market di Mongkok dan Temple Street. Macam-macam korang boleh beli tshirt, Key Chain atau cenderahati yang lain. Tidak lupa kedai jam Gshock. Boleh tahan murah
Peak Market. (gambar atas dan bawah hak milik www.hong-kong-traveller-com)
Harga mungkin sedikit lebih tinggi daripada di pasaran, tetapi harga barang masih sangat berpatutan. Kalau korang tidak sempat untuk membeli cenderahati di Ladies Street atau Temple Street Peak Market pun ada. Kak Z tak beli sebab plan nak pergi ke Mongkok petang tu. Mongkok memang banyak pilihan kalau korang rajin dan suka bersesak. Cuma Mongkok lain sikit cara peniaga di sana kasar. Di Peak Market lemah lembut.
Dalam Menara Peak ada Muzium Lilin Madame Tussauds tau. Kecil sedikit dari Madame Tussaud di London. Madame Tussauds Hong Kong ada Jackie Chan dan Bruce Lee, itu wajib Keluarga di raja British. Meghan Markle belum masuk list masa ni. Sebab belum kahwin dengan Harry. Ada The Beatles, Marilyn Monroe, Michael Jackson dan lain-lain pelakon Hong Kong.
Sebenarnya Kak Z ni gayat dengan tempat tinggi dan air. Bila Kak Z dah berjalan, ketakutan dapat dia atasi Contoh berada di Sky Terrace 428 ang tinggi dan curam bagi penakut mesti seram. Alhamdullilah Kak Z berjaya melihat kebawah dari tempat tinggi
Cara pergi ke Stesen Victoria Peak
1. Dengan Kaki - Dari Stesen Pusat MTR
Ambil MTR ke Tengah dan jalankan ke J2 keluar dari stesen MTR Pusat.
Belok ke kanan, melalui Chater Garden, salib Queen's Road Central dan jalan menuju Garden Road.
Anda akan melepasi Menara Bank of China dan Citibank Plaza di sebelah kiri anda dan Katedral St John di sebelah kanan anda sebelum tiba di terminal, yang ke kiri anda.
2. Dengan Bus ke Taman Jalan Peak Tram Lower Terminus
Ambil bas 15C dari Central Pier 8 atau berjalan kaki dari MTR Central Station Exit J2 untuk mengambil Peak Tram dari Peak Tram Lower Terminus di Garden Road
Ok bai
Ok bai
No comments:
Post a Comment