20 February 2019

TERBANG DENGAN PROMOSI MALINDO AIRLINES



Rasa macam sudah lama tidak pergi bercuti bersama anak-anak. Maka, tahun 2019 Kak Z merancang untuk bercuti dengan anak-anak  di dalam negara. Dua tahun berturut-turut Kak Z bercuti keluar negara secara solo backpacker. Jadi tahun ini Kak Z berjanji kepada anak-anak akan membawa mereka bersama untuk bercuti. Sibuk dengan  kelas tambahan dan aktiviti sekolah mungkin memenatkan diaorang., sebelum peperksaan besar SPM untuk kembar Hanif dan Haris, UPKK untuk Adik Hanis, diaorang minta pergi bercuti bagi merehatkan minda katanya.



Percutian Bersama Tahun 2016

Kak Z memulakan perancangan dari sekarang. Anak ramai kena plan betul-betul. Takut ada yang tercicir. Nanti ada yang nangis tidak dapat bercuti.  Kak Z merancang untuk pergi jauh dengan menaiki kapal terbang. Sebab anak-anak merungut Kak Z sahaja yang dapat pergi jalan jauh. Percutian mereka  dekat-dekat sahaja. Pilihan utama  Kak Z akan membawa mereka menaiki kapal terbang. Kapal terbang adalah cara pengangkutan yang selamat, cepat dan murah.. Sekarang adalah waktu yang sesuai untuk membeli tiket kapal terbang. Kerana  promosi tiket murah yang diberi oleh beberapa syarikat penerbangan di Malaysia. Kak z  pilih syarikat penerbangan kesukaan Kak z di Malaysia ini seperti Malaysia Airlines, AirAsia, Malindo atau FireFly kerana semua syarikat ini sedang menjalankan promosi yang tak patut korang lepaskan. 


Pergi Sabah Naik Malindo Airline - (Gambar dari wikipedia)

Sekarang   syarikat penerbangan Malindo, iaitu sebuah syarikat penerbangan subsidiari Malaysia Airlines, Malindo promo  sedang menjalankan promosi harga runtuh bagi beberapa destinasi terpilih. Rate Early Bird Sale membolehkan penumpang untuk menempah tiket dari 10 Februari 2019 dan travel dari 1 March hingga 15 November 2019. Oleh kerana waktu ini dipenuhi dengan cuti-cuti peristiwa di Malaysia seperti Hari Pekerja, Awal Ramadhan, Hari Wesak, Hari Raya Aidilfitri dan banyak lagi, ini adalah satu peluang bagi Kak Z untuk menempah tiket sekarang.


Permandangan Matahaari Terbenam Di Pantai Kota Kinabalu - (Gmabra Wikipedia)

Kak Z hendak bercuti ke Kota Kinabalu, Sabah. Kak Z bernasib baik kerana Malindo menawarkan tiket harga serendah RM 98 untuk tambang asas Kelas Ekonomi. Apa yang Kak Z  lakukan ialah pergi ke laman web Malindo Airline dan klik pada pautan Early Bird Sale mereka. Di situ, syarikat penerbangan itu memberi Kak Z pelbagai pilihan sama ada untuk memilih perjalanan dengan Ekonomi atau Kelas Perniagaan. Semua dengan harga berpatutan. Yang best ialah Malindo memberikan anda 20 kg bagasi percuma. Bagus sangat sebab Kak Z  merancang untuk berbelanja di sana. Korang tau tak Malindo juga menawarkan kita  pilihan untuk menempah penerbangan terus ke Kota Kinabalu atau transit ke Lapangan Terbang Singapura kalau rasa hendak bercuti dari sana. Laluan penerbangan tanpa transit akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (BKI) tidak lebih daripada 2 jam. Berdasarkan google map, kedudukan lapangan terbang tidak begitu jauh dari pusat bandar Kota Kinabalu. waaa.. senang bagi Kak Z menyewa kereta dari airport ke bandar.


Hotel Yang Cantik Di Pulau Gaya _ Gambar dari  Google

Kenapa KAK Z  hendak pergi ke Kota Kinabalu? Sebab  pantai-pantai yang cantik dan pulau-pulau yang berdekatan, ibu kota Sabah ini juga merupakan tempat pelancongan yang indah untuk pemandangan panorama Gunung Kinabalu yang indah dan rizab hutan yang dilindungi. Dahulu Kota Kinabalu dikenali sebagai Jesselton semasa penjajahan British dan selain kaya dengan latar belakang sejarahnya, kota ini juga kaya dengan masyarakat yang berbilang kaum di mana terdapat sembilan kumpulan etnik yang berlainan yang mengamalkan agama dan kepercayaan yang berbeza. 


Pemandangan Gunung Kinabalu dari Kundasan - Gambar Wikipedia


Bahasa utama yang digunakan di rantau ini adalah bahasa Melayu dengan dialek Sabahan. Oleh kerana dalam itinerary Kak Z  melawat Kota Kinabalu, Kak Z akan  melawat Kundasang yang dikatakan New Zealand versi Malaysia.  Menariknya.  Sekarang  Kak  Z tidak perlu bawa anak-anak pergi ke luar negara untuk mengalami cuaca dan pemandangan di negara berhawa dingin lagi dah. Sebab Di sabah pun ada.. Bandar pelabuhan tepi laut juga dikelilingi oleh beberapa pulau yang indah, yang paling terkenal dengan perairan biru yang jelas dan terumbu karang yang berwarna-warni. Kak Z suka aktiviti lasak dan nak cuba aktiviti air yang ditawarkan di sana. Melalui pembacaan  Kak Z di blog lain  pulau-pulau cantik ini boleh diakses dengan menaiki bot dari pelabuhan Kota Kinabalu. Makanan? Pastinya sea food. Kak Z hjendak mencuba pelbagai jenis restoran seperti makanan laut, hidangan tempatan, hidangan pelbagai kaum dan juga hidangan antarabangsa untuk memenuhi selera makan kitaorang. 

Membayangkan Bersarapan Di Hadapan Gunung Kinabalu - Gambar google

Melalui pembacaan juga di Kota Kinabalu  beratus-ratus hotel murah serta hotel mewah yang untuk menginap malam! Walau bagaimanapun, lebih baik kak z membandingkan harga hotel-hotel ini secara dalam talian sebelum anda membuat perjalanan untuk memastikan harga terbaik serta lokasi terbaik untuk memenuhi rancangan perjalanan anda.

Korang masih berfikir di mana untuk menuju percutian  yang seterusnya? Kota Kinabalu adalah jawapan untuk korang. Pergi ke laman web Malindo dan book flights ke Kota Kinabalu sekarang.

ok bai

No comments:

Post a Comment

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...