26 February 2019

TRAVELOG 25: HONG KONG SYURGA PERSONEL SHOPPER


Hong Kong syurga personel shopper. Kenapa? Murah dan banyak pilihan. Di Tsim Sha Tsui sendiri mempunyai pelbagai butik barangan mewah seperti Louise Vuitton, Chanel, Hermes, Ferragamo, CD, Cerruti, Ralph Lauren dan banyak lagi lah.

Masa Kak Z duduk di Sheraton Hotel. Turun je hotel  masuk SOGO.  Pada bulan Mei 2018 Kak Z keluar awal pagi sebab hendak Macau. Terperanjat orang sudah menunggu beratur panjang depan SOGO. Maknanya barangan di SOGO Hong Kong murah macam di SOGO Malaysia. Satu pintu SOGO khas untuk satu produk. Antara yang Kak Z nampak masa turun dari hotel ialah Estee Lauder, MAC, Clinique, Sheisedo dan CD.

Harbour City adalah Shopping Mall terbesar di Hong Kong. Since Kak Z duduk di Sheraton dan Chungkin Mansiin Tsim Sha Tsui. Jalan kaki 5 minit sahaja. Korang kalau kaki shopping Kak Z cadangkan duduk di area ni. Nathan Road, Tsim Sha Tsui. Bukan sahaja shopping area. Tapi pengangkutan seperti subway dan bus adalah sangat mudah. Untuk melihat light symphony di Victoria harbour hanya berjalan kaki dalam 5 minit sahaja. Feri ke Hong Kong Island, Lantau, Macau dan kawasan Hong Kong pun mudah. 


Kalau korang berada dia kawasan Tsim Sha Tsui jangan terperanjat kalau ada perempuan tolak luggage besar. Dalam tu barang yang diorang akan jual secara onlinr. Dah nama personal shopper kan.
Akak memula hairan. Bila diaorang buka luggage nak masuk barang dan susun. Rupanya barang make up, beg or item-item untuk diaorang jual. Kebanyakan ni datang dari tanah besar China.



Personal shopper kebanyakan menjual barangan penjaga muka dan makeup. Butik SASA bersepah-sepah. Jalan sikit SASA. Barang di SASA murah. Dalam CKE Mall sebesar-besar SASA yang ada. Personal shopper akan beli dalam 2-3kotak barangan make up atau jagaan muka. Adakah produknya asli? Asli ko. SKII kat SASA Hong Kong tersangat murah dari SKII di Malaysia dan Jepun.

Minyak wangi jangan cakap lah. Puas hati membeli. Latest minyak wangi jual di drug store atau SASA. Kenapa lah aku promote SASA. Sebab SASA memang banyak.



Area Nathan Road dan Peking Road memang Shopping Heaven. Kak Z tidak ada niat nak membeli tapi que juga lah nak nyibuk. Barang dalam tu macam mana. Kali kedua Kak Z pergi ribut jadi ada hujan renyai. Korang mesti terperanjat orang sanggup que panjang untuk masuk CD dan Chanel boutique. Akak ko pun menyibuk tanya pada orang yang berbaris dengan akak. Rupanya tengah sale. Sebab nak masuk summer masa tu. Nasib baik orang tu nak jawap soalan Kak Z. Orang Hong kong ada tu sombong. Nengok kita pun tak hinggin. Tapi ada juga baik. Boleh tanya kalau sesat jalan.



Ada juga kawasan yang menjual barangan ciplak..korang boleh pergi ke Ladies street  di Mongkok atau Temple street. Perlu bijak membeli di kawasan ini. Depan mata Kak Z ada satu mat salleh couple dah bargain konon nak beli. Tapi tak beli..kena maki hamun dengan penjual tu. Memula Kak Z tak percaya. Dah tengok dengan mata kepala ..sendiri mau ingat



Untuk beli barangan electronik contoh handphone, computer, kamera dan audi korang ke Wan Chai. Wan Chai adalah di bahagian Hong Kong Island. Murah dari Malaysia. Bawa duit jo lah. Kalau idak telan air liut ye.

Itu cerita Kak Z pasal dunia beli belah Hong Kong. Siap duit. Tiket ke Hong Kong kalau bukan musim cuti murah. Berbaloilah kalau nak pergi shopping di sana. Sambil shopping sambil melayan mata.

Ok bai

No comments:

Post a Comment

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...