15 April 2019

BUFFET BERBUKA PUAS ALA-ALA KAMPUNG DI MITC MELAKA


KAMBING BAKAR SUMBAT  BUFFET RAMADHAN MITC


Bulan Ramadhan bakal tiba. Dah habis ganti puasa ke? Paling best bulan Ramadhan macam-macam jenis makanan akan berada di pasaran. Even Kak Z pun pernah berniaga di pasar Ramadhan. Seronok korang. Tidak sabar menanti Ramadhan ku.....cehhh wahhh


Sometime kita rasa nak makan luar. Buffet stail. Sebab buffet macam-macam ada. Kita boleh jadi rambang mata. Tepuk dada tanya selera. Kalau tanya akak lah.. akak suka masakan kampung. Ialah Kak Z kan orang kampung. Tapi otak moden. Jomm kita ke MITC untuk  buffet Ramadhan.



Antara suggestion akak ialah Sajian berbuka puasa Ala Kampung di Melaka International Trade Centre ( MITC Ayer Keroh Melaka ). Terasa macam rumah orang kahwin. 


Macam- macam menu ada.  Dan menu istimewanya Kambing Bakar Sumbat.. Lain-lai menu roti canai, rojak dan yong too foo. Ada pelbagai sambal ..sama l belacan, cencalok, budu, sambal jawa dan lupa pulak.. sebab banyak sangat sambal masa makan hari tu. Nak tau korang kena makan kat sana. 



Buffet Ramadhan ini akan bermula dari
10 Mei- 3 Jun 2019 (6 ptg- 10 mlm)

Harga:

Dewasa RM 43 / Kanak-Kanak RM 18 (2-12 Tahun) / Warga Emas RM 15

Noted: Nak harga promosi ?!  RM 39 tempah sebelum 1 Mei 2019

Tempahan:

Untuk tempahan boleh booking ( 06-2333330 / 019-2238622)

Lokasi :

Melaka International Trade Centre (MITC)
Level 2, Convention Centre , Jalan Konvensyen , MITC Complex, Jalan Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh , Melaka

Facebook:  Melaka International Trade Centre -MITC

Selamat menyambut bulam Ramadhan

Noted: Gambar nota chenta mummy aka mummy Julia Ali..terima kasih Jue

Ok bai



No comments:

Post a Comment