13 October 2019

PETUA: MENGHILANGKAN BAU DALAM BLENDER DENGAN SERBUK KOPI



Benda paling menyampah bila hendak guna blender untuk bancuh tepung atau buat juice. Bau yang selalu ada ialah bau bawang putih atau merah dari dalam blender tu. Macam mana hendak hilangkan bau tu? Ada yang bagi petua basuh dengan sabun serbuk. Akhirnya juice Kak Z berbau sabun. Ada kata pakai garam. Bau juga. Tapi bila Kak Z jumpa guna serbuk kopi.. menjadi ko. Hilang bau bekas blender aku. Menakjub kan.


Bukan hanya guna pada bekas blender. Tapi boleh juga guna petua ini pada tupperware atau bekas kita yang simpan tempoyak. Aku tidak suka tempoyak. Durian pun tidak suka. Apatah lagi tempoyak.


Caranya ialah bancuh 2 sudu serbuk kopi dengan secawan air panas. Masukkan kedalam blender atau bekas yang kita hendak hilangkan bau. Campur air paip biasa memenuhi bekas dan biarkan selama 2-3jam. Selalunya Kak Z biarkan lebih lama.


Kalau kita tidak mahu mengunakan serbuk. Boleh juga mengunakan uncang. Ambil 1 uncang campur dalam air panas dan masuk kedalam blender. Dan penuhi blender dengan air. Sama caranya dengan teknik serbuk.

Jangan guna serbuk nescafe atau 3 in 1 pula. Itu untuk korang minum. Selamat mencuba insyallah

Ok bai








2 comments:

  1. ini festime tahu.. selalu kat blender tu kuat bau cili.
    xpun kunyit hehe.. boleh cuba ni.

    ReplyDelete
  2. Wahhh... Baru tahu ni. Bolehlah dicuba nanti kan.. Tq Kak

    ReplyDelete