05 May 2019

GLOBAL FLAVOUR BURGER DI HARD ROCK CAFE MELAKA


GLOBAL FLAVOUR BURGER


As usual. Petang Sabtu hari pawww... mak. Ini adalah masa untuk kami berlima untuk lepak, makan, gelak atau menonton wayang. Hari ini 4hb Mei 2019. Maknanya 2 hari lagi akan berpuasa iaitu 6hb Mei 2019. Kami nak makan puas-puas. Kemana kita kali ini. Kali ini kami ke Hard Rock Cafe Melaka makan burger.


Start dari  1hb Mei 2019, Hard Rock Cafe  Melaka dan seluruh dunia sedang menawarkan burger gabungan  pelbagai rasa antarabangsa dan berciri tradisional. GLOBAL FLAVOUR BURGER. Masa tawaran burger yang sedap ini adalah terhad dari 1 Mei -30 June 2019. 


Wow... semua mata terbeliak tengok burger yang juicy, cheezy and yummy. Mak faham anak-anak,  korang peminta burger and cheese.  Jadi makanlah sampai kenyang. 

Ada 6 jenis burger untuk masa ini. Jom list out:-

  • Double-Decker Double Cheeseburger - RM79.00

Inspirasi oleh London Heritage "The Down Town Double Decker Burger". Menu pertama dari tahun 1971.  Rasa yang sangat juicy, ada cheddar cheese, mayonnaise, lettuce, tomato dan bawang merah. Dan dah tentu ada hot bun


  • Tex Mex  Cheeseburger - RM66.00

BurgerRocker of the year from Chicago. Hard Rock signature. Memang patut jadu signature burger. Thumb up. Ada tortillas, di ikuti guacamole, pico de gallo, lettuce, tomato, onion and toasted bun.



  • Petties Burger

1. Mango Fruit Slider - RM58.00

3 pcs petties burger dengan Jack Cheese. Rasa dia ada avocado, mangga salai, daging turkey salai. Bila tengok bahan-bahan macam pelikkan. Tapi bila masuk mulut OMG sedapnya. Anak aku yang tak suka kepelikan pun makan sampai licin. Maknanya sedap lah tu

2. All American Sliders -RM58.00

3 petties burger. Paling tak menahan nafsu untuk terus masuk mulut ialah melted cheddar cheese. Dengan onion ring and coleslaw dan tosted bun. Nampak macam biasa. Tapi rasa ada lain sikit. Kalau tanya abang Hakim.. sedap ke? Dia jawap sedap.. ko tu semua sedap. Tapi memang sedap..

3. Buffalo Style Slider.

Budak 4 orang tu bila dengar buffalo, semua tengak kepala. Ada yang kata. Hanif tak makan buffola momee.. aiishhh budak ni. Daging salai yang momee masak tu daging buffalo lah.  Nama je Buffalo Style Sliders. Tapi daging lembu. Sebab sosnya adalah classic buffalo sauce. Agaknya inspired dari Buffalo USA. Korang boleh pilih cooling ranch atau blue cheese dressing.. bismillah..yumm..


  • BBQ Bacon Cheese Burger -RM66.00

Bacon? Jangan risau ni bukan yang tidak halal. Semua yang Kak Z makan adalah halal. Bacon yang digunakan ialah daging turkey. Penyediaan burger ini BBQ sauce, melted cheddar cheese, crispy turkey bacon dan crunchy shoestring onion straw. Di ikuti dengan fresh lettuce dan tomato bersama toasted bun. Kak Z suka sangat BBQ sauce dia. Rasa smokey.. prune pun ada..plum pun.. jenuh risik chef dia.. secret ingredient katanya.. kalau tanya kak z macam mana.. korang kena datang sini dan  rasa sendiri.  Kak Z tak dapat nak subcribe lah..kan kan kan


Bila Kak Z start posting cerita ni, mesti ada yang akan tanya halal ke? Makan yang Kak Z makan semua halal. Makanan dalam Hard Rock Cafe Melaka semua halal. Pembekal bahan mentah mereka mempunyai sijil halal. Cuma ada sesetengah minuman mereka yang beralkahol. Cawan untuk minuman halal dan non halal juga di asingkan. Harap tidak keluar statement mengutuk yer. Sila cakap murni-murni...hii



Jadi korang nak cuba burger-burger boleh lah datang ke Hard Rock Cafe Melaka.

DON'T MESS WITH MELAKA' AN

Ok bai






No comments:

Post a Comment

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...