28 December 2016

RAMAI PELANCONG SUKA DATANG KE MELAKA..KENAPA?



PELANCONG SUKA DATANG KE MELAKA

Melaka Bandaraya Bersejarah adalah ibu negeri negeri Melaka. Perjalanan dari rumah ke bandar memakanmasa 25-30 min tanpa trafik jem. Kena trafik jem 2 jam belum tentu korang lepas nak masuk bandar. 

Kalau cuti panjang Kak Z paling takut untuk keluar ke Bandar Melaka. Kenapa? Melaka terkenal dengan jem di waktu cuti dan banyak traffic light. Ampun Ketua Menteri sebab kutuk Melaka. But I love Melaka. Sebab I.C -04- yer. 

Kak Z pernah cuba masuk ke Bandar Melaka masa cuti end up, kereta overheat. Berpeluh juga hendak bagi lepas semua baru start enjin. Lepas tu seriklah. Kalau hendak masuk Melaka hujung minggu pun Kak Z kena masuk sebelum pukul 10.00 pagi. Waktu orang belum ramai lagi. Pasti ramai tertanya kenapa orang suka Melaka. Ini sebabnya. Kak Z copay paste dari kawan wartawan Sinar Harian. Logik juga penulisan dia kenapa orang suka Melaka:-

Secara peribadi aku tak nampak sangat usaha kerajaan negeri mempromosi Melaka. Ada tu ada tapi...tapi, ada tapi la. Yg suka promot Melaka adalah rakyatnya dan juga orang luar melaka.
Korang rasa dorang2 ni tetap nak datang melaka sebab ape?
A) Makanan/minuman viral (keria, coconut shake, ikan bakar, mee besen dll)
B) Bangunan/arifak bersejarah best untuk dilawat
C) Taman tema air (Melaka Wonderland, Bayou Lagoon, Goal Coast Hotel, A Famosa Resort, Laman 3 Budaya)
D) Nite Market (Pahlawan Walk, Jonker Walk)
E) Laut dan pantai
F) Shopping Mall
G)Kasar dalam peramah orang2nya
H) Sultan Melaka BetaIsBetter
---------
Kesesakan hujung minggu lalu tu gelombang pertama...minggu depan gelombang kedua.
Harapnya abam2 trafik bertindak awal macam Ahad kelmarin.
Sabtu lepas terlewat sikit tindakan...pehhh 2jam sangkut. Dapat yg jenis penyabar ok la. Kalau yg mudah marah, jenis baran..habis la (kalau rajin nanti hakak share tips menunggu dalam jem).

Pinjam dari Siti Shahrosamirah, Sinar Harian..

Perkongsian seorang kawan FB Kak Z dia kata dari sekolah tadika lagi dia sudah suka datang Ke Melaka. Terharu. Ini komen beliau di timeline  Kak Z ..terima kasih Azaref-Areef Naim  atas komen beliau

-Asam pedas kota laksamana 
- roti nan pak putra 
- lontong goreng 
- coconut shake bt berendam 
- roti canai kayu arang 
- restoren baba nyonya tachi 
- keria hj jalil 
- coconut shake klebang.

Komen lagi seorang kawan Kak Z Noraskin Ahmad 

Kerana melaka semua ada budaya ...tempat lawatan yg pelbagai...laut ...air terjun paling rareshoppin complex barang jenama dia up to date macam kat singapore...dgn harga murah dari kuala lumpur ...haha...lagi pun....memang best jgn lupa termasuk makan ....baba nyonya...melayu ...western nya bak kata wow laa. Apa pun korang. Kami mengalukan kedatang korang ke Melaka. Sebab korang boleh belajar sejarah mengenai Melaka.

Ini adalah antara jawapan bila Kak Z bertanya di FB kenapa ramai pelancong gemar ke Melaka. Harapan jawapan ini akan menjadi inspirasi untuk korang datang ke Melaka. Jangan serik tau..

Cuti-cuti Malaysia

Ok bai






No comments:

Post a Comment