27 December 2016

BUFFALO CHICKEN WINGS


BUFFALO CHICKEN WINGS

Buffalo chicken wings bukan kerbau kepak ayam. Kak Z mula-mula makan benda alaa ni pun macma korang juga gayat sebab terkejut dengan namanya. Takut hendak mencuba. Tapi bila dah makan tak boleh berenti. Di beri nama BUffalo Chicken Wings sebab resepi asalnya berasal dari Buffalo New York, USA. Kawan Kak Z yang belajar di salah sebuah universiti disana mengajar Kak Z makan benda ni. Dia pun belajar buat bend ani masa belajar masa duduk disana. Zaman dia belajar sana lagi hari susah hendak mencari ayam sembelih. semua jenis patah leher. Kalau korang biasa duduk oversea tahu lah masalah ni. Jika Europe banyak juga makanan halal korang boleh cari sebab ramai pendatang dari negara Arab. Kalau di Jepun, Korea dan China haru guwaaa cakap lu. Zaman Kak Z di sana tawakal je lah kalau hendak makan.  Sekarang rasanya bnayak makanan halal yang boleh kita cari. Betul tak?

Ok.. berbalik kepada Buffalo Chicken Wings ni. Rasanya pedas manis dan masam. Sedap demakan dengan mayonise atau blue cheese deep. Memang kategori mengemukkan. Kak Z beli 20 keping kepak ayam. Tnggal 3 untuk mak dia. Alasan mak diet.. sedihhh? Tak lah.. senang hati anak-anak suka. Kalau kita google resepi Buffalo Chicken Wings, memang banyak versi yang ada. Tapi ini versi Kak Z. Sebab Kak Z mengunakan bahan yang ada d rumah. Bahannya pun tidak banyak. Penyedia dalam 30-40 min sahaja. Kalau korang beli di kedai 3 ketul RM10.00. Baiklah mak ko buat sendri. 20 ketul tak sampai RM15.00. Jimat betul tak? Zaman gawat ni kenalah berjimat cermat babe..

Resepi yang Kak Z share ini adaah untuk 5 keping kepak ayam. Korang boleh tambah berapa banyak korang hendak buat. Joom buat

Resepi:-

Bahan A

5 keping kepak ayam
1 biji telur ayam
4 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh garam halus
1/4 sudu teh lada sulah
1/4 sudu teh serbuk cili
Minyak untuk mengoreng

Cara:-

1. Bersihkan ayam
2. Gaulkan dengan semua bahan kecuali minyak
3. Biarkan 10 minit untuk perasa masuk kedalam ayam
4. Panaskan minyak dan goreng hingga garing atau kekuningan.

Bahan B

4 sudu besar Sos Cili 
2 sudu besar Sos Tomato
Secubit garam
1/4 sudu teh gula pasir
3 ulas bawang putih di tumbuk halus
1 sudu besar butter
1/4 sudu teh serbuk parsley

Cara:-

1. Panaskan butter dan tumiskan bawang putih
2. Bawang putih naik bau masukkan sos cili dan tomato
3. Biarkan berbuih sedikit
4. Masukkan serbuk parsely, garam dan gula
5. Kacau sebentar dan masukkan ayam tadi
6. Tutup api dan gaulkan sos seluruh ayam
7. Cadagan hidangan cicah dengan mayonis

Selamat mencuba

Ok bai


No comments:

Post a Comment