26 December 2016

JEMPUT-JEMPUT IKAN BILIS GEBU



Pagi ni sejuk, perut lapar. Bangun pukul 5.30pagi buka peti ais cari apa yangboleh di masak untuk anak-anak pagi ni. Ternampak ENO biru, ikan bilis dan tepung. Maka jadilah jemput-jemput gebu. Bahan-bahan senang dapat dan mudah untuk buat.

Anak-anak lepas solat subuh semua megadu lapar. Semalam pukul 6.00 petang makan malam sebab layan cerita Scarlet Heart. Pukul 12.00 malam tidur mengadu lapar. Makan maggi ler diaorang tu. Mak malas layan so kena masak sendiri. Pagi ni pasti mengaruk dengan mak diaorang awal lagi untuk makan.

Ambil semua bahan godek-godek, goreng dan sedap makan panas-panas dengan teh O. Angkat dari kuali habis.. angkat jer habis.. memang lapar sangat ler tu. Tapi soalan paling win.. momee kenapa jemput-jemput pagi ni gebu.. selalu leper. Macam Jemput-jemput bilis Adabi. .. cehhh..Mak ko godek sendir tak de Adabi pun. Meh sini Kak  Z ajar macam mana nak jadikan dia gebu. Jomm buat.

Bahan:-

500gm tepung gandum
50gm bilis
1 sudu teh garam
1 biji bawang besar di hiris
1/2 sudu teh Pasti sedap atau secukup rasa 
1 pek ENO biru
Air untuk membancuh
Minyak untuk mengoreng

Cara:-
1. Ikan bilis di rendam supaya lembut. Kemudian di tumbuk halus.
2. Gaulkan ikan bilis, tepung, bawang, garam dan pasti sedap dengan air
3. Jangan terlalu pekat atau cair sangat macam korang bancuh jemput-jemput korang lah
4. Taburkan Eno atau bancuhan biarkan seminit untuk Eno kembang
5. Eno kembang gaul semua bahan dengan rata
6. Biarkan agak-agak 10 minit untuk kembang
7. Panaskan minyak. Apabila minyak panas sederhanakan api
8. Masukkan aduanan  1/2 sudu besar dan goreng hingga kekuningan 

Nota:-
1. Kak Z tidak guna sudu ketaka memasukkan aduanan kedalam kuali. Jemput-jemput mengunakan tangan. Maka Jemput-jemput kita akan menjadi bulat
2. Kepanasan perlu sederhana sebab tepung akan cepat hangus jika api terlalu kuat. jemput-jemput tidak masak di bahagian dalam.
3. Hanya mengunakan ENO biru. Kalau korang guna Eno halia atau Citrus.. lain macam pulak rasa jemput-jemput korang. Lagi satu Jangan durhakah pada si pemberi resepi. tak sedap jemput-jemput korang kalau durhakah..

selamat mencuba

ok bai

No comments:

Post a Comment