27 December 2016

KUIH KERIA TERASA LEBIH UBI KELEDEK DARI TEPUNG



Bila kita beli atau buat kuih keria pasti kita merasa ubi lebih dari tepung. Betul tak? Kalau rasa tepung banyak mana nikmatnya kuih keria tu. Kak Z suka dalam kuih keria terasa juicy ubi. Mungkin dari kecil telah di ajar untuk makan macam tu. Sebab tu Kak Z jarang beli kuih keria di luar.

Lama juga Kak Z hendak menyukai semula kuih keria selepas mak Kak Z meninggal. Sebab Arwah mak kalau buat kuih keria memang awesome. Dia sira kuih keria mengunakan gula Melaka. Kak Z mula tak suka sira gula Melaka sebab pernah terkena muih keria masam. Mungkin mengunakan gula Melaka yang luput tarikh. Tapi Arwah mak buat sedap. 

Macam mana hendak buat kuih keria garing di luar dan rasa ubi bila kita makan. 

1. Ubi yang di rebus terlalu lama hingga menjadi lembik sebab bila terlalu lembik kita kena tambah tepung. Lagi banyak tepung kita uli denga ubi akan mengurangkan rasa ubi tersebut. Rebus sampai dia empuk dan buang air atau tapis. Biarkan sejuk sebelum masuk tepung.

2. Ketika kita lenyek ubi, kita akan rasa ubi tersebut kering. Memang itu tujuannya supaya kita tidak mengunakan tepung terlalu banyak. Jangan tambah air.

3. Jangan masukkan tepung ketika ubi masih panas. Kalau korang masukkan tepung mas ubi masih panas. Ini akan memasakkan tepung tersebut. Silap hari bula masa kita goreng, kuih keria akan pecah. Kalau yang biasa buat tak pe, ni yang pertama kalikan masalah.. Tambah tepung lagi. Dah hilang rasa ubi. Betul tak?

4. Cara goreng kena betul. Api yag terlalu besar.  Sebab api yang besar boleh meningkatkan suhu. Suhu tinggi boleh cepat menghangitkan keria kita. Kalau keria  hangit.. luar keras dalam tidak masak. Makan tepung lah korang nanti. Sebab tu kawal api biar perlahan dan masak lambat tapi kuih keria korang cantik. Nanti korang makan kuih keria tu luar garing dalam rasa ubi.


5. Resepi Kak Z mengunakan tepung ubi. Ada orang Pm Kak Z, pelik gunakan tepung ubi..hiii. Sebab tepung ubi bertindak sebagai kanji yang melekat ubi dan jadi cair sedikit didalam kuih keria. Tepung gandum sebagai agen tambahan supaya semasa mengoreng tidak pecah. 

Di bawah ini adalah resepi yang Kak Z untuk membuat kuih keria Kak Z. Ada yang cuba. Alhamdullialh menjadi dan respon yang Kak Z dapat sedap. Korang boleh cuba..joom buat

Bahan Doh:-

500gm ubi keledek putih
100gm tepung ubi
50gm tepung gandum
secubit garam

Cara:-

1. Ubi keledek pilih yang kecil cepat empok
2. Buang kulit dan rebus
3. Rebus jangan terlalu lama agak dah empok angkat dan tapis air
4. Lenyek kan ubi tadi dan biarkan sejuk sedikit..
5. masukkan tepung ubi, gandum dan garam
6. Uli hingga rata... jangan tambah tepung kalau lembik biarkan sebentar dia akan keras
7. kepalkan bulat-bulatdan buat seperti roda atau ring hingga habis
8. Goreng dengan api perlahan dan minyak tidak terlalu panas
9. Pusingkan perlahan supaya tidak hancus
10. Goreng hingga coklat dan garing
11. Angkat dan tapis minyak

Bahan Gula untuk Sira

1/2 cawan air
2 cawan gula pasir

cara:-

1. Panaskan air hingga mendidih didalam kuali
2. Gunakan kuali supaya mudah untuk kacau keria nanti
3. Masukkan gula dan kacau sehingga gula larut
4. Kacau lagi supaya gula jadi karemal dan keperangan
5. Masukkan keria dan tutup api
6. Kacau keria tadi sehingga gula jadi keras
7. Jangan kacau atas dapur.. kalau boleh tempat bersimen supaya gula cepat keras
8. Kacau rata hingga semua keria disalut gula

selamat mencuba

ok bai

1 comment:

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...