Kuih Chang
Kuih Chang atau nama Inggeris "Rice Dumpling" adalah makanan orang Cina. Kak Z belajar makan kuih ini dengan arwah mak. Sebenarnya bukan kuih tapi pulut yang di isi dengan beberapa bahan seperti daging, cendawan dan kekacang. Kita sebagai orang Islam daging mengunakan samada daging lemuh, ayam atau kambing. Untuk yang kaum yang bukan beragama Islam mereka mengunakan daging khinzir. Sebab Kuih Cang ini berasal dari negara China yang di kenali dengan nama Zongzi. Di Malaysia, zongzi dikenali sebagai bakcang, bacang, atau zang (dari Hokkien Cina: 肉粽; Peh-OE-ji: bah-chàng), kerana Hokkien biasanya digunakan di kalangan orang Cina di luar negara.
Kuih Chang berasal dari China tapi dari wilayah mana Kak Z tidak pasti. Dari pembacaan Kak Z, kuih chang ini selalu di buat sebagai bekal jika mereka pergi mengembara atau berniaga. Kuih chang ini boleh tahan selama seminggu jika berada dalam udara kering. Jika musim memang sesuai untuk makan kuih ini kerana salah satu bahan yang ada dalam kuih ini ialah rempah panas. atau 5 spices. Lepas makan kuih ini memang badan panas. Bahan-bahan dalamnya susah cukup dengan rasa manis, masin dan pedas tanpa perlu ada bahan lain. Kuih Chang ada 2 jenis manis dan pedas. Pilihan Kak Z pedas. Betul tak?
Oleh kerana susah hendak mendapatkan yang halal, Kak Z belajar dengan Mak Intan atau Facebook : Adidah Mak Intan. Itu pun setahun yang lepas ingat-ingat lupa. Hendak beli tidak halal kalau ada jual yang halal pun jauh dan ikut musim. Jadi gagah juga buat sendiri. Ingat-ingat lupa. Google semula car pembungkusannya. Resepi dah ada.. masalah hendak membungkus Kak Z tidak berapa hendak yakin. Cuba gunakan teknik dari blog ini; http://messywitchen.com/how-to/grandmas-nyonya-chang-rice-dumplings-step-by-step-pictures-on-how-to-wrap-chang/. Jadi tapi tidak secantik masa mula-mula buat dengan cikgu..haaa. Maknanya kena gi jumpa cikgu semula. Hari tu tak khatam sepenuhnya.
Mari lah kita buat mengunakan mengikut resepi Kak Z. Shooting untuk kuih ini mengambil masa 7 jam dari awal penyediaan hingga siap masak. Jika ada tanya kenapa mahal. Korang tengok bahan-bahan yang di gunakan dan berapa lama masa untuk membuatnya. Kalau Kak Z hendak buat jual. setakat 5 biji minta maaf Kak Z tidak ambil kerana penat dan barang yang mahal memnag tidak berbaloi. Jadi Kak Z share resepi ini untuk korang buat sendiri.
Bahan A:-
500gm daging hancur
2 sudu besar rempah kari daging
Garam secukup rasa
1 sudu besar gula pasir
1 biji bawang besar - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
minyak untuk menumis
Cara:-
1. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau
2. Masukkan rempah kari dan goreng repah hingga garing sedikit
3. Masukkan daging goreng sampai daging masak
4. Masukkan gula dan gara secukup rasa
5. Masak dan tapiskan daging bag mendapatka minyak dan air dari daging tadi.
Bahan B
1/2 kg pulut - rendam semalaman dan tapis
20 gm udang kering - rendam bagi lembut dan tapis air simpan untuk memasak pulut.
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
3 sudu besar kicap pekat
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar rempah panas atau 5 spices
1 batang kulit kayu manis
Garam secukupnya
Gula 1 sudu besar
50ml air
Minyak yang di tapis dari bahan A
Cara:-
1. Tumis mengunakan minyak dari bahan A.
2. Masukkan kulit kayu manis, bawang besar dan bawang putih biar garing
3. Masukkan rempah panas dan kacau sampai naik bau.
4. Masukkan kicap pekat dan sos tiram
5. Masukkan air dan garam
6. Masukkan pulut dan kacau rata hingga pulut sedikit melekit.
7. Kacau berulang kali jangan dibiarkan supaya tidak berkerak.
8. Angkat dan sejukkan
8. Angkat dan sejukkan
.
Bahan C:-
Daun buluh dan tali mengikat secukupnya - di rendam semalaman
20 biji Cendawan shitake - rendam semalaman, buang pangkalnya dan tapis buang air
100gm Gajus - Rendam 2 jam dan tapis buang air
20 biji Telur Masin - Rebus dan ambil kuning sahaja
Bahan dari B
Cara:-
1. Lap Daun memudahkan proses membungkus
2. Buat seperti kon
i- bahagian pertama masukkan pulut 1/2 bahagian daun
ii- masukkan bahan B sebagai lapisan kedua
iii- masukkan telur masin, gajus dan cendawan
iv- jika rasa cendawan terlalu besar boleh di bahagi 2
v- tutup lapisan atas dengan pulut semula.
3. Ikut cara pembungkusan di bawah langkah demi langkah
4. Rebus selama 2 jam
5. Rebusan biar sama dengan paras ketinggian Chang tadi.
6. Angkat atau tapis kemudian di gantung untuk membuat air supaya tahan lama.
LANGKAH DEMI LANGKAH
Bahan dari B
Cara:-
1. Lap Daun memudahkan proses membungkus
2. Buat seperti kon
i- bahagian pertama masukkan pulut 1/2 bahagian daun
ii- masukkan bahan B sebagai lapisan kedua
iii- masukkan telur masin, gajus dan cendawan
iv- jika rasa cendawan terlalu besar boleh di bahagi 2
v- tutup lapisan atas dengan pulut semula.
3. Ikut cara pembungkusan di bawah langkah demi langkah
4. Rebus selama 2 jam
5. Rebusan biar sama dengan paras ketinggian Chang tadi.
6. Angkat atau tapis kemudian di gantung untuk membuat air supaya tahan lama.
LANGKAH DEMI LANGKAH
Bahan Untuk Inti Daging
Garam
Gula pasir
Bawang besar
Bawang putih
CaraMembuat Inti Daging
Tumis Bawang
Rempah Kari
Masukkan Daging
Masukkan Garam
Masukkan Gula
Penyedian Pulut
Rendam Pulut
Rendam Udang Kering
Sos Tiram dan Kicap Pekat
5 Spices atau Rempah Panas
Minyak dari tapisan Inti Daging
Tumis bawang merah dan putih
Masukkan 5 spices
Kicap pekat
Sos Tiram
Garam
Masukkan pulut dan kacau hingga sedikit melekit
PROSES MEMBUNGKUS KUIH CHANG
Bahan untuk membungkus
Daun Buluh atau Bamboo Leave
Rebus atau Rendam semalaman hingga lembut
Cendawan Shitake kering
Cendawan Shitake yang telah di rendam semalaman
Gajus yang telah di rendam
Kuning telur masin
Daun di potong hujung
Buat Kon
Isi Pulut 1/2 kon dan inti
Letakkan Telur masin, cendawan dan gajus
Tutup dengan pulut
tutup
Ikat
DIBAWAH INI ADALAH CARA DARI
CREDIT FOR HER BECAUSE OF THE GREAT TUTORIAL
Nota:-
1. Daun buluh ada di jual di kedai cina. Kadang-kadang bermusim.
2. Rasa ada mengikut citarasa anda. Kak Z share ada mengikut citarasa Kak Z
3. Boleh mengunakan Ayam atau kambing
4. Jika tidak mahu mengunakan daging hancur. Boleh juga mengunakan daging ayam di carik atau daging di hiris halus. ikut suka
5. 5 spices atau rempah boleh di beli diTesco atau mana-mana supermarket.
Selamat mencuba
No comments:
Post a Comment