AYAM PANGGANG EPAL HIJAU
Setiap kali birthday anak-anak, selalunya Kak Z buat ayam panggang. Kami jarang raikan diluar. Bila ada jemputan baru sambut diluar. Kenapa ayam panggang? Waktu ni kami akan berebut makan ayam seekor, potong kek dan gelak-gelak. Ayam seekor boleh habis tau.
Dulu Kak Z tak pandai pun buat ayam panggang yang awesome ni. Tapi sebab rajin duduk depan internet belajar macam mana nak bagi ayam panggang sedap sampai ketulang dia. Bagi dia lembut lepas bakar. Dan warna dia cantik.
Bila dah selalu buat.. petik jari. Berlagak sungguh makcik ni bercakap. Tapi betul pe..practice make perfect. Lama woiii nak make perfect bukan sekali dua. Dulu pernah buat tak masak lah..tawar habiaq la.. tak sedap lah.. macam-macam tau anak complain..,sedih tau.. sekarang segala pujian yang ada mak dapat..ko jangan jelus..jom buat
Bahan:-
1 ekor ayam
5cm halia
3 ulas bawang putih
2 sudu besar lada hitam tumbuk jadi serbuk
2 sudu besar basil flake
1 sudu besar garam halus
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar gula
3 sudu besar minyak masak
2 biji epal hijau
1 batang carrot
2 biji kentang
2 biji bawang besar
Cara:-
1. Basuh ayam hingga bersih
2. Basuh dalam perut ayam juga
3. Kemudian gaul dengan lada hita, basil, garam, sos tiram, kicap dan gula.
4. Bawang putih dan halia perlu di tumbuk dan di gaul sekali dengan ayam
5. Bahan-bahan ini perlu di rata seluruh ayam termasuk didalam perut ayam supaya bahan ini meresap dalam isi ayam.
6. Potong bawang merah, kentang, carrot dan epal ikut suka korang..
7. Letakkan separuh dalam perut ayam dan separuh sekeliling ayam
8. Kalau korang pakai loyang pembakar salutkan bekas tersebut dengan aluminium foil. Sebab senang hendak basuh nanti
9. Letak ayam dan separuh bahan tadi dalam loyang.
10. Siramkan minyak masak atas ayam
11. Biarkan semalaman dalam peti sejuk dengan plastik pembungkus makanan
12. Keesokan hari buka plastik pembungkusan makanan dan bakar ayam dengan suhu 200c
13. Bakar selama 11/2 jam atau ayam masak
14. Ayam akan mengeluarkan air.
15. Kak Z akan buang air tersebut selepas 1 jam masak.. lagi 1/2 jam ada lah untuk mengaringkan ayam tersebut7
16. Ayam lembut dan sedap dimakan dengan risotto..
Nota:-
Berat ayam 1 .8kg.
Risotto tu macam nasi itali tapi adik beradik pasta.
Jangan biarkan ayam hangus
Suhu ikut oven masing-masing
Gula dan jus dari epal akan melembutkan ayam
Selamat mencuba
Ok bai
No comments:
Post a Comment