06 September 2014

Roti dari Tepung Gandum

Assalamualaikum

roti buat dari tepung gandum....
boleh buat.. sape kata tak boleh. Dulu-dulu buat roti mana ada tepung roti atau high protien. cuba citer. ada ker? kalau cikgu roti dengar sure hakak kena marah. kalau tak cuba maka tak tahu. kena lah cuba. tapi setelah banyak  kali cuba baru lah menjadi. lepas jadi baru boleh share dgn uols...


Roti Tepung Gandum

Resepi:-

Bahan A

1 kg tepung gandum faiza..lain-lain pun boleh
250gm gula pasir
30gm susu tepung
120gm marjerin
10gm garam kasar
1 biji kuning telur
650ml air
12gm yis

bahan B

1 biji telur 
sedikit gula 

cara:-
1. masukkan semua bahan A kedalam mangkuk penguli
2.  uli sehingga doh menjadi licin tidak melekat pada tangan. klu pakai mixer cepat 10 min pun dah licin. kalau guna tangan mau 1/2 jam licin yer.terserah pada uols nak uli mcm mana pun boleh
3. rehatkan dlm 10 min  uli lagi sebentar
4. baru lah di uli kecil. berat 40gm
5 susun atas dulang pembakar. 
6. rehatkan doh selama 3 jam...fuuhhh.. lamakan.. memang lama utk gebusssss
7. cukup 3 jam sapukan telur dan taburkan gula pasir atasnya
8. bakar api atas 160c bawah 180c

ok bai



1 comment:

  1. Kak, kalau xder susu tepung boleh taruk susu pekat ke atau full cream milk. ��thank you kak for sharing

    ReplyDelete