14 September 2014

Meatball

Assalamualaim,

Meatball atau bebola daging..selalu kita makan bila buat sup.kalau di Indonesia meatball buat bakso. Kalau gi IKEA..meatball disiram dengan sos blackpaper. Anak-anak saya suka makan meatball buat sup atau kuah spaghetti. Meatball boleh di beli atau dibuat sendiri. Jenama yang ada dalam pasaran ialah ramly, azmy dan marina. Buat sendiri pun boleh mudah..hari ni saya share buat meatball.... setelah beberapa kali cuba baru boleh share resepi

Meatball sudah siap


Resepi
Bahan
1  kg daging hancur
12gm garam
15gm gula
50gm tepung jagung
1 sudu teh lada sulah
1 sudu teh serbuk perasa
90Gm ais

Cara
1. Gaulkan semua bahan hingga ketulan ais cair
2. Bulat2 seperti onde-onde atau berat 15gm
3. Masa bulatkan daging ini guna sedikit minyak supaya mudah
4. MasuK kedlm peti sejuk selama 1/2 jam
5. Didihkan air hingga mengelegak n kemudian perlahankan api. Daging tidak boleh direbus jika api terlalu kuat
6. Rebus daging hingga timbul dan angkat

spagethi meatball

ok bai



1 comment:

  1. Thank... buat sendiri lagi selamat tak ada bahan pengawitnya.. rajin... tapi mila biasa beli je...

    ReplyDelete