01 September 2014

Chocolate moist cheese

Assalamualaikum

last entry tonite
gabungan cheese dan coklat. sedap sangat. Anak selalu minta buat kek ni. So mlm ni saya share resepi nyer 

   Chocolate moist cheese


RICH CHOCOLATE MOIST - bawah

Bahan  A
6oz butter
14oz gula castor
3 biji telur
Secubit garam

Bahagian B  – (bahan ini dibancuh bersama dan diketepikan)
 1 sudu teh Nescafe
1 sudu teh panas
1 sudu teh esen
1 sudu teh EMULCO

Bahan C
8 oz High protein flour( Tepung Superfine pun boleh)
2 ½ oz serbuk coco
1 sudu teh soda bicarbonate
1 ½ sudu teh baking powder
8 ozair sejuk direct dari peti  sejuk

Cara:-
Pukul Butter dan gula hingga kembang. Masuk telur satu persatu. Kemudian masukkan bahan B yang telah dibancuh. Tepung dimasuk sedikit demi sedikit. Dipusing satu arah mengunakan whisk. Contohnya  jika kacau mengikut pusingan jam tetapkan arah itu hingga tepung habis dikacau. Akhir sekali masukkan air sejuk tadi.
Bakar kek ini api 170C selama 1/2 jam.

CHEESE LAYER - lapisan atas

250gm cream cheese
100gm gula castor
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
100gm butter
1 sudu besar tepung gandum

Cara
1. pukul cream cheese  hingga lembut
2. masukkan butter, tepung gandum dan gula pukul lagi
3. masukkan telur pukul dan esen vanilla pukul lagi
4.selepas pukul  masukkan keatas kek coklat tadi
5. bakar dengan suhu 150c hingga masak

hiaskan kek dengan chocolate ganache

ok bai

No comments:

Post a Comment