11 May 2016

Cheezy Lasagna..

Assalamualaikum


Cheezy lasagna


Lasagna makanan dari Itali.. adalah juga mengatakan dari Greek.. macam mana pun itali greek serumpun. masa zaman belajar dulu gayat jumpa benda ni.. Lepas makan melompat sedap. Alhamdullilah keluarga islam yang menyediakannya. Kalau tak makan non halal. Kak Z ni rugged, tapi bab makan cerewet ler.. boleh tanya lagi kat kedai makan. Ii is free pork. Nasib baik tak kena tempeleng dengan Italian tu. Sebab bila kita di oversea kena berhati-hati  kalau tak makan 'oing oing' .

Anak Kak z sudah tentu suka lasagna ni. Sebab cheese melimpah ruah. Kalau beli di Pizza Hut atau mana-mana western restoran mahal. 1 slice berharga antara RM10-Rm25.00. Cost 1 slice same 1 loyang besar. Baik buat sendiri. Betul tak?

lasagna baru masak

Kak Z share resepi senang dah mudah di buat. ada juga yg susah. tapi belajar yang senang.

resepi:-

pasta:-

1 kotak instant lasagna pasta macam ni atau san remo atau nak lagi murah beli kat tesco. Harga dalam RM6.00. Banyak kali boleh buat.
1 sudu minyak masak
air

cara:-
1. masak air hingga mendidih dan masukkan minyak
2. masukkan pasta dan rebus hingga lembut jgn terlebih masak. klu biasa buat spaghetti mcm tu lah texture lasagna kalau dah masak.
3. angkat klu blh tos sehelai demi sehelai


sos daging

bahan

500gm daging hancur
1 botol sos spaghetti - frego botol besar
1 sudu besar rempah bolognise 
1/2 cawan minyak zaiton/ minyak biasa pun blh
1/4 sudu teh sudu garam
1/4 sudu teh gula
1 ulas bawang besar cincang halus
500ml air

cara:-
1. tumis bawang dan minyak
2. masukkan daging hancur dan goreng hingga garing sedikit
3. masukkan rempah bolognise
4. masukkan sos, garam dan gula.. klu kurang tambah
5. biarkan mendidih sebentar dan masak ketepikan


sos putih

bahan:-

50gm tepung gandum
2 sudu besar butter
500ml susu uht/segar
sedikit garam
kalau hendak letak bahan perasa pun boleh
secubit serbuk bolognise

cara:-

1. gaul semua bahan kecuali butter mengunakan senduk kayu atau whisk jgn biar berketul.
2. letak atas api yg paling kecil. jangan biarkan berketul.
3. jadikan macam susu pekat dan masukkan butter
4. ketepikan

bahan lain:-
500gm mozarella cheese
200gm riscotta cheese
6 keping cheddar
Parmesan..

cara buat lasagna

1. letakkan 2 keping pasta sebagai base paling bawah  terpulang pd bekas pembakar masing yer
2. letakkan kuah merah.. sapu rata. agak2 2 senduk
3. letakkan sos putih 1 senduk
4. letak cheddar
ulang hingga habis
5. tutup dengan cheese mozarella
6. bakar 170 c sampai kekuningan
7. hidang masa panas.. potong dan tabusrkan Parmesan cheese

harap pembaca jangan salah faham. lasagna ini boleh dibuat mengikut cita rasa masing-masing hendak letak apa. apa yang saya ajar adalah asas sahaja. video dibawah mungkin boleh membantu untuk anda lebih faham.


http://www.youtube.com/watch?v=XNAnfWpWEMg

tonton video ni..


selamat mecuba




No comments:

Post a Comment

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...