11 May 2016

Lunch Treat..Buffet di Zest Restaurant Ramada Plaza Melaka


Zest Restaurant Ramada Plaza Melaka


Hari ini makan tengahari di Zest Restuarant, Ramada Plaza Melaka dengan Pn Nurashiken dan Caroline Fok, Group Sales and Makerting, Hotel Ramada Plaza Melaka. Antara 'Signature dish' hotel ini, Char kuey teow dan ayam perchik. Pn Nura dan Mrs Carol yang mencadangkan Kak z makan dua makanan ini. Sedap atau tidak? Serius sangat sedap.


Char Kuey Teow.. signature dish Zest Restaurant



Ayam Perchik

Makanan buffet lunch di Zest Restuurant ada pelbagai pilihan mengikut citarasa masing-masing. Jika makanan barat Kak z suka makan 'Braised Beef' dan 'Broccoli, Cauliflower Gratin'. Di bahagian makanan barat ini ada beberapa pilihan lain antara 'Baked Potato', Chicken Mushroom, seafood dalam sauce putih dan kan siakap kukus. Bila kak z rasa semua makanan ini, teringatkan Turin, Itali. Sebab disana banyak campuran makanan Arab dan Itali. Tidak terlalu pedas, Bila makan boleh rasa lada hitam, basil, bay dan oregano. Kalau korang suka makanan barat boleh cuba semua ini.



Seafood in white sause











Di salad station ada pelbagai salad yang kita boleh ramu mengikut citarasa kita. Ada pelbagai jenis kerabu, Ada pesembor penang, rojak Melaka dan Rojak buah. Bohonglah kalau Kak z bagi 'bad review' sebab semua ini menjadi pilihan setiap pelanggan yang datang. Kak z tengok Puan Nura makanan salad yang ada di kaunter salad, maknanya sedap. Kak z makan pesembor dan rojak Melaka. Makanan kegemaran kak z dan lulus untuk di katakan sedap.



Rojak Buah Melaka


Pesembor













Jika hendak makan nasi boleh makan nasi berlauk atau nasi ayam. Kak z tidak makan nasi tapi kak z share gambar nasi berlauk dengan korang. Sila ngences bila tengok gambar. Ada sambal belacan, sambal limau, budu dan sambal kicap. Di samping lauk kari, masak lemak, kari daging dan asam pedas.
















Di tengah-tengah cafe ini ada kaunter atau dapur untuk membakar ayam percik, ikan dan memasak pelbagai jenis mee. Kita boleh melihat chef menyediakan semua ini panas-panas. Zest Coffee House mahu memastikan pengunjung menikmati makanan panas-panas dari dapur. Macam mak-mak kita masuk. Dari dapur terus ke perut.







Paling kak z suka.. desert. Kek, puding, choux, tart..paling ku idam cheese tart. Kuih tradisi Melayu juga.  Pitam banyak sangat pilihan. Mana mau mula pun tak tau. Kak z minta maaf banyak-banyak. Kawan-kawan mesti jelus. Sebab kena jilat screen. Bertabahlah korang. 













Suka tak Dim Sum? Masa Hari Ibu Ahad lepas kak z makan Dim sum sedap lah pulak. Kak Z sekeping dua untuk hilang rasa kempunan. Korang jangan risau Dim Sum ni halal. Boleh cuba.





Kalau hendak makan roti pun boleh. Kak z nampak black seed faccacia, mau makan ke tidak. Cicah dengan soup tau butter pun sedap. Sebelah ada pulak garlic bread. Ehhh nak makan apa? Makan kedua-duanya. Tapi kuantiti sikit. Sebab hendak lepaskan rasa teringin tekak. Akhir sekali kak z makan ice cream. In house made ice cream. Kak z ambil perisa coklat dan jagung. Untuk ambil lebih dah kenyang. Ada juga ABC. Maaf tak boleh masuk sudah dalam perut terpaksa abaikan. Hanya tunjuk gambar pada korang.










Buffet lunch di Zest Restaurant, Ramada Plaza Melaka berharga Rm65.00nett. Bulan May ini Zest Restaurant mengadakan sambutan khas sempena Hari Nurse dan Hari Guru boleh membuat tempahan di buat Tel   +6 06 284 8888. Ramada Plaza Melaka juga memunyai ballroom yang boleh memuatkan seramai 500 orang sekali acara seperti annual dinner, perkahwinan atau acara khas lain. Mereka akan menyediakan menu mengikut tema yang di ingini oleh para pelanggan. Pihak hotel juga menyediakan test food kepada mereka ynag ingin menempah 30 meja untuk jamuan. Hubungi nombor tertera untuk keterangan lanjut.

Alamat: -
Zest Restaurant
Ramada Plaza Melaka
Jalan Bendahara
75100 Melaka
Malaysia
 Tel   +6 06 284 8888.

Ok bai

No comments:

Post a Comment

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...