11 May 2016

Homemade Sosej Pizza - STEP BY STEP

Assalamualaikum

Homemade sosej pizza mudah di buat. kadang-kadang kita malas. Kak z suka buat roti sendiri dari beli. Kenapa? Anak-anak kak z suka makan roti. kalau 1 kg tepung dia orang boleh hadapkan benda tu dari pagi sampai petang. Macam mana kak z boelh tahu buat roti? Masa tunggu kepuusan SPM kak z kerja di kedai roti. Boss kak z orang jepun. baik sangat Uncle. Dari roti di ajar buat danish pastri. sebab dia tengok kak z suka sangat dengan Croissant. dari itu mula minat kak z buat roti. Bila kak z tinggal di suatu tempat Kak z gigih pergi belajar buat roti atau apa sahaja jenis masakan mereka kami sekeluarga suka.  Sebab itu kak z banyak tahu msakan barat dan timur tengah. Orang kata jauh merantau banyak ilmu pengetahuan yang kita belajar betul tak? Sekarang kak z ajar cara buat homemade sosej pizza mudah .

Bahan

500gm tepung high protien
11gm yis
50gm gula
5gm garam halus
2biji telur
50gm marjerin
300gm air sejuk
Sosej
Mix vege
Sos cili
Mayonese

Cara
1. Rebus sosej sebentar dan toskan
2. Campurkan tepung, gula, garam dan yis
3. Gaul rata masukkan 1 biji telur dan air
4. Uli hingga jadi doh
5. Masukkan marjerin dan gaulkan hingga tepung tidak melekat pada tangan
6. Bahagikan doh seberat 50gm setiap satu bahagian
7. Anda akan mendapat lebih kurang 18 -20 bahagia
8. Ambil minyak sedikit letak pada tangan
9. Bulat-bulatkan doh
10. Letakkan atas dulang pembakar dan biarkan selama 1/2 jam
11. Doh akan naik sikit dan tekan menjadi leper
12. Sapukan telur
13. Letakkan sosej yang boleh dipotong ikut citarasa
14. Taburkan mix vege dah letakkan sos dan mayo
15. Biarkan naik lagi 1jam atau 1 1/2jam.. bergantung pada suhu bilik
16. Panaskan oven dengan suhu180c dan bakar sehingga 15 minit atau kekuningan

Tindak balas yis bergantung kepada suhu persekitan, kalau panas doh akan naik cepat kalau sejuk lambat.

Teknik:- 


HOMEMADE SOSEJ PIZZA



IKUT STEP BY STEP


1. BULATKAN DOH - BERAT 30-35GM


2. MASUKKAN KEDALAM CUP


3. TEKAN IKUT SAIZ CUP



4. WASHKAN @ SAPUKAN ATAS DOH MENGUNAKAN TELUR


5. ISIKAN SOSEJ YANG TELAH DI POTONG DAN TEKAN HINGGA KEDALAM


6. LETAKKAN CILI SOS ATAU BALCK PEPPER SOS


7. LETAKKAN MAYO


8. TABURKAN MOZARELLA CHEESE


9. taburkan basil flake.. 
ada di jual di tesco bahagian rempah ratus mat salleh.. 
harga RM2.99


10 LETAKKAN MIX VEGE - TUNGGU DIA NAIK/KEMBANG

BAKAR SELAMA 7-10MIN ATAU KEKUNINGAN ATAU MASAK

BOLEH DI JUAL DENGAN HARGA RM1.80-RM2.20

OK BAI

Tag: homemade pizza, homemade sosej pizza 




No comments:

Post a Comment

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...