11 May 2016

Homemade Sosej ..mudah dan anak-anak pasti suka



Yang di nanti dah tiba. homemade sosej. Kak z suka buat sendiri.. sebab tidak ada bahan pengawet, organ dalaman ayam, pewarna dan bahan terlarang lain. Anak-anak lagi suka. kalau beli di kedai stok 10pcs untuk 2 jam. Tak boleh jadi kena buat sendiri juga. Sebenarnya banyak cara untuk membuat sosej ini. pilih cara yang senang dan mudah. anak-anak boleh masak sendiri sama ada goreng atau grill. di jadikan perencah nasi goreng pun sedap. Kadang-kadang kak z buat sambal sosej ayam. Licin atau tidak. Haaa.. anak naga licin nasi seperiuk jadinya. 

jom kak z ajar cara menbuatnya dan ini lah hasilnya

Resepi

1 kg daging ayam cincang
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk basil
4 sudu besar tepung ubi
1 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar gula
garam
secukup rasa
100ml air
sedikit minyak supaya tidak lekat pada tangan masa hendak masuk dlm tiup
plastik ais cream malaysia
pipping bag

cara:-
1. gaul semua bahan
2. biarkan sebentar
3. masukkan daging kedalam pipping bag
4. pipe kedalam plastik ice cream...p/s hujung plastik cucuk dgn pin supaya keluar angin
5. sudah itu ikan plastik tadi
6. kukus 10 minit
7. boleh makan macam itu atau goreng


daging yang sudap di isi dlm plastik ice cream malaysia

setelah di keluar kan dari plastik

setelah di potong

ok bai selamat mencuba

2 comments:

  1. Very creative and innovative kak..i love it..salute!!

    Salam Kenal
    Endafiraz

    ReplyDelete
  2. Wow sosej ..boleh la try anak2 mmg suka sgt..tq akak.

    www.noramizaahmad.blogspot.com

    ReplyDelete