12 May 2016

Talam Keladi Petik Jari



Kak Z suka mencuba pelbagai resepi. Jiran sekeliling rumah akan menjadi juru rasa dan pengomen.mAda positive and juga komen menusuk kalbu. Sabar je la.  Hari ini kak z nak share dengan semua resepi Talam keladi.  Resepi ini kak z  belajar dari chef Hasma Noor. Tapi telah diubah mengikut cara kak z. Mudah.. sesuai dengan kita yang sentiasa sibuk dan untuk berniaga.

Kak z pernah buat kuih talam keladi ini dalam kuantiti yang banyak. Antara 1000 pcs-2000pcs sesekali event. Contoh hari raya. Sebab itu kak z ubah resepi asal supaya mudah untuk kak z buat dan potong. jom cuba buat.


Talam Keladi


Talam Keladi
Bahan-bahan

                 A.     Bawah

1.      300gm tepung beras
2.      1 pek serbuk santan
3.      1200ml air
4.      2 sudu kecil garam
5.      100gm keladi yg didadu dan direbus

Cara

1.      Masakkan tepung beras, serbuk santan, air dan garam.
2.      Masak hingga menjadi som-som dan masukkan keladi.
3.      Masukkan bahan ini kedalam Loyang  10 x 10 inci tekan dan ratakan

                 B.      Atas

1.      500 ml air                                                                        
2.      300ml santan                                                       
3.      4 biji telur (A)
4.      200gm gula
5.      250gm tepung gandum
6.      ½ sudu kecil garam
7.      ½ sudu warna ungu
8.      ½ sudu perisa keladi

Cara

1.      Pukul telur dan gula
2.      Masukkan santan, gula, tepung, pewarna, perisa dan garam kacau rata dan tapis.
3.      Panas periuk disisi air hingga mendidih
4.      Double boiler bahan tadi hingga berkilat
5.      Masukkan bahan ini diatas som-som dan kukus selama 20-30min

Insyallah jadi. Tiada apa rahsia tersembunyi. Ikut setiap langkah. Kak z mahu ilmu ini dikembangkan supaya resepi kuih talam ini tidak hilang. Secara tidak langsung ‘generate income’.

Ok bai

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...