18 October 2015

CHICKEN SLICE LOAF

1 resepi roti boleh di buat bermacam jenis mengikut kreativiti masing-masing. Akak dan anak-anak suka makan roti. Simple dan mengenyangkan. Lebih elok dari makan makanan segera. Sebab itu akak belajar pelbagai jenis roti. Terbaru ialah Chicken slice loaf..



Kita jangan beputus asa kalau roti kita tidak berapa cantik dan keras. Kena praktis selalu untuk menjadikan roti cantik, lembut dan sedap. Akak pun mengambil masa yang lama untuk belajar dan memahami diri roti..diri roti..hiiii...ia diri roti. Sebab roti ni cerewet... kalau dia merajuk bantan roti. Joom share resepi

Bahan

500gm tepung high protien
11gm yis
50gm gula
5gm garam halus
2biji telur
70gm butter
160 gm air sejuk
150gm susu segar
Beberapa keping meatloaf ayamas


Cara

1. Campurkan tepung, gula, garam dan yis
2. Gaul rata masukkan 1 biji telur, susu dan air
3. Uli hingga jadi doh
4. Masukkan butter dan gaulkan hingga tepung tidak melekat pada tangan
5. Bahagikan doh seberat 25gm setiap satu bahagian sebanyak 3 bahagian
6. Berat sebiji loaf 75gm
7. Ambil minyak sedikit letak pada tangan
8. Bulat-bulatkan doh dan leperkan sedikit
9. Chicken meatloaf perlu di potong 4
10. Letakkam chicken meatloaf atas doh dan gulung
11. Buat bentuk segitiga
12.Letakkan atas bekas muffin dan biarkan selama 2 jam
13. Sapukan telur dan taburkan serbuk pasley
14. Panaskan oven dengan suhu180c dan bakar sehingga 15 minit atau kekuningan

Tindak balas yis bergantung kepada suhu persekitaran, kalau panas doh akan naik cepat kalau sejuk lambat naik @prove.

Ok bai

No comments:

Post a Comment

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...