18 October 2015

ABANG HAKIM CALON PT3

Lahir pada 16hb Ogos 2000. Tahun ini kena ambil PT3. Dia cool.. tapi mak dia yang senak perut memikirkannya. Sebelum periksa semua kena jaga. Makan, kesihatan, pakai dan kad pengenalan. Kenapa?

Makan perlu dijaga seminggu sebelum periksa. Tidak terlalu pedas supaya tidak sakit perut. Sakit perut masa periksa susah juga. Pernah tengok budak kena cirit birit masa kembar exam. Sebab malam sebelum exam mak dia bagi makan nasi lemak sambal pfedas...kesian.




Kesihatan elakkan dia terlalu stress. Hari exam ada seorang budak lelaki lelah dan terpaksa masuk hospital. Mungkin stress. ,enjadi masalah tidak dapat mengambil peperiksaan. Kesian lagi.. Si abang seorang yang suka explore race. Dengan udara jerubu dan panas. Tentu mak dia tidak bagi dia keluar. Demam dan lelah akan jadi musuh utama hendak masuk exam wooo... jangan cari pasal




Pakaian kena kemas. Jam ada. Baju dan seluar jangan ada yang koyak. Rambut siap dipotong. Janggut dan misai siap di cukur. Semua itu kena diingatkan. Periksa PT3 macam hendak pergi interviewlah. Jadi kena train dia dari sekarang

Kad pengenalan.. jangan cari pasal. Ada seorang pelajar perempuan kad pengenalan dia hilang 2 bulan lepas tapi tidak buat baru. Hari hampir exam.. aduuuhh klang kelibut nak buat kad pengenalan baru. Tanpa kad pengenalan kita tidak boleh menjalani peperiksaan tau. Oleh itu kena ada...





Habis kena exam dia paw mak dia... dominos pizza. Dari dalam perut sampai sekarang itu lah kegemaran dia pizza. Bagi dia besar mana pizza kat dia mesti habis...

2 tahun lagi dia SPM dan kembar PT3.. berpeluh mak dia.. apa oun mak sayang korang...

Ok bai

No comments:

Post a Comment

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...