18 October 2015

POTATO CHICKEN SLICE BUN

Bun ini paling di gemari anak-anak. Ada kentang dan chicken slice. Kalau buat paling kurang setengah kilo tepung. Anak-anak bujang hendak membesar biasalah kuat makan. Makan lah anak... janji suka dan habis licin.




Cara buat roti sama sahaja bahan asasnya dengan resepi sebelum ini. Cuma perlu tambah keju dan kentang. Bagi akak, bun ini senang sebab bulat-bulat, letak inti ayam dan kentang.. bakowww... Rajin dengan tidak sahaja. Jom kita buat


Bahan

500gm tepung high protien
11gm yis
50gm gula
5gm garam halus
2biji telur
70gm butter
160 gm air sejuk
150gm susu segar
Beberapa keping meatloaf ayamas
3 biji kentang di rebus dan lenyek
Cheddar cheese parut


Cara

1. Campurkan tepung, gula, garam dan yis
2. Gaul rata masukkan 1 biji telur, susu dan air
3. Uli hingga jadi doh
4. Masukkan butter dan gaulkan hingga tepung tidak melekat pada tangan
5. Bahagikan doh seberat 60gm setiap satu doh dengan mengunakan gunting
6. Ambil minyak sedikit letak pada tangan
7. Bulat-bulatkan
8. Chicken meatloaf perlu di potong 4
9. Letakkan chicken meatloaf dan 1/2 sudu teh kentang
10. Tutupkan inti supaya tidak terkeluar
11.Letakkan loyang pembakar
12. Guting diatas permukaan roti
13. Sapukan telur dan taburkan cheddar
14. Biarkan selama 2 jam
15. Panaskan oven dengan suhu180c dan bakar sehingga 15 minit atau kekuningan

Jika ada masalah tidak faham boleh pm saya di fb Azuraa Rahman

Selamat mencuba

Ok bai

No comments:

Post a Comment

SOURDOUGH BANGGALI LOAF

Hi, let me share this beautiful banggali loaf recipe. Which i'm a  bread maker so i plug and play with my discard levine to make this lo...