06 October 2015

KOPITIAM BALAK, PENGKALAN BALAK, MELAKA



Ada kopitiam.. hoooo.... hooo

Suka-suka.. taste makcik ler tu.. Nama kedai Kopitiam Balak.

Lama sangat keluar dari negeri Melaka banyak benda baru. Dalam perjalanan bawa kakan-kanak gembira sarapan dan mandi laut ke Pantai Pengakalan Balak, nampak kedai ini dekat dengan Masjid Pengakalan Balak. Terus stop. Ok kita sarapan di sini anak-anak.

Dalam hati kata bukan rumah cina ke dulu..? Akak dulu-dulu memang mandi laut kat Pengkalan Balak. Jadi terkejut juga rumah itu jadi kopitiam. Memula-mula sampai was-was lah juga..kedai Melayu atau cina. Pekerja muka melayu.. masuk ok tauke Melayu. Cakap pada kembar.. it goin to be my favourite place for lepaking.

Bila masuk kedai. Woww.. cozy gila. Teringat rumah Lord Of The Ring..Macam dekat oversea pula rasanya. Ada bar counter, tiang di baluti tali sauh dari Amsterdam, lampunya membuai mata.. tapi mengekalkan struktur asal bangunan. Rumah lama kaum cina Melaka. Mengunakan kayu balak..aku masih di Melaka..ok..



Bar Counter





Bilik Atas.. asal ada 3 bilik tapi di ubahsuai




Mengunakan Kayu Balak untuk mengukuhkan bangunan





Budak 3 orang oder makanan..

Meja makan di import dari negara Korea. Nampak atau tidak tiang di balut dengan tali dari jut.. tali itu di import dari Amsterdam.





Bergambar Sementara Menanti Makanan

Banyak juga pilihan untuk sarapan pagi. Sudah tentu pilihan nasi lemak. Hanif dan Hanis pilih nasi lemak ayam.. mak dia pilih nasi lemak sotong. Haris pilih roti bakar.





Nasi Lemak Ayam




Nasi Lemai sotong




Roti Bakar

Harga menarik. Tidak mahal seperti kopitiam yang lain. Dari RM3.00 -RM10.00. Dalam otak siap kira-kira berapa lah aku kena kali ni.. Mau-mau RM40.00.. bila bayar tidak.. fuuhhh ..lega.. boleh shopping. Menu lain yang kami cuba ialah tauhu sumbat ikan. Lain dari yang lain lah...



Tauhu Sumbat ikan dan sambal balak

Tauhu sumbat ini di isi ikan. Sos sambal balak. Manis dan pedas. Hendak tanya tuan kedai lah dia buat macam mana..sedap. Akak ni semua sedap. Korang.. kalau tidak sedap tak kuasa makcik nak cerita dalam blog. Ada kena bash buat hapa..


Koleksi cawan lama tuan kedai


Kalau korang datang bercuti dan mandi laut di pantai Pengkalan Balak cuba singgah kopitiam ni. Ada makan tengahari katanya. Kami pergi pagi jadi sarapan jer. Lain kali datang makan tengahari. Menu western tu... awesome..

Landmark mudah. Dalam pekan Cowboy, Pengkalan Balak.. sebaris dengan masjid. Dari roundabout sebelah kanan dsri sungai tuang sebelah kiri. Senang sangat hendak cari. Korang boleh nampak laut dari kedai dan ada pondok polis depan tu...

Pengkalan Balak ni dekat mana kak...google ler..ayooo... Mai akak bagi..

Taip ..Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka..google ni.. mesti jumpa lah

Lepas makan dah kenyang.. apa lagi gi berendam lah dalam laut

Nanti akak cerita asal nama Pengkalan Balak..ok

Next mission makan tengahari disini

Selamat mencuba

Ok bai

9 comments:

  1. puas la makan murah bila bertandang Melaka. insyaAllah.

    ReplyDelete
  2. selalu gak pi pengkalan balak..SA suka pi beli ikan kat orang yang jual ikan tepi-tepi jalan tuh...giler jauh cari ikan kan..hehehehe

    ReplyDelete
  3. Wowwww menarik kopitiam kt pengkalan balak ni...nasi lemak tu menarik...kena save entry ni kalau ke melaka hooyehh

    ReplyDelete
  4. Suka suasana kedai dia...klasik plus makanan dia nampak sedap...

    ReplyDelete
  5. Cantik laa dalam kedai tu, melepak best ni

    ReplyDelete
  6. banyak dah tempat makan menarik di Melaka.. nanti datang sana konpem singgah kopitiam ni..

    ReplyDelete
  7. sedapnye kak zura nasi lemak tu..teringin nak rasa..

    ReplyDelete
  8. Wah menarik juga tempat nie Zura..

    ReplyDelete