Kuah Kacang dan nasi impit adalah hidang evergreen keluarga Kak Z. Setiap kali hari raya Kak Z di beri tugas untuk memasak kuah kacang. Boleh bagi award of the year. Bukan of the year lagi. Award every year. Anak-anak sedara memang look foward untuk makan kuah kacang Makcu dia orang.
Penyediaan kuah kacang boleh tahan renyahnya. Sebab banyak step. Cara memasak, kena jaga api semasa masak dan berapa lama untul mereneh kuah kacang tersebut di ambil kira bagi menghasilkan kuah kacang yang sedap. Kak Z memang cerewet kalau bab kuah kacang, tidak sedap boleh jadi umpatan sampai kiamat tau.
Kak Z belajar dari kakak Kak Z. Masa tu tunggu keputusan SPM. Kak Z belajar dan selalu lama-lama jadi expert. Pengalaman ini menjadikan kuah kacang Kak Z katanya best of the world. Bangga kejap. Kak Z kongsi resepi ini untuk korang cuba. Joom kita buat
Resepi
Bahan:-
1/2kg serbuk kacang tanah
50gm cili boh
30gm udang kering
30gm belacan
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
5inci halia
5 inci lengkuas
2btg serai
1/2 buku gula melaka
Gula dan garam secukup rasa
Asam jawa sebesar ibu jari utk airnyer
1500ml air
Cara:-
1. Kisar bawang, udang kering,belacan, halia dan sebatang serai
2. Tumis bahan tadi hingga naik bau
3. Ketukkan lengkuas dan serai dan masukkan kedalam periuk dan kacau
4. Masukkan cili boh.. biarkan masak hingga garing
5. Masukkan serbuk kacang tanah dan air asam
6. Biarkan mendidih dan masukkan gula melaka, garam dan gula
7. Api kecil dan sentiasa kacau jka tidak kuah kacang hangit dan berkerak
8. Kak Z selalu masak selama 1jam utk lembutkan kacang dan menerbitkan aromanya
Cara membuat serbuk Kacang Tanah
1. Kacang tadah perlu di goreng tanpa minyak
2. Jangan goreng sampai hangus atau hangit nanti pahit
3. Agak-agak kacang sudah sedikit garing angkat dan buang kulitnya.
4. Kacang tanah yang masak sempurna akan memudahkan kita membuang kulit lembutnya
5. Kisar mengunakan pengisar kering
6. Kalau tidak ada anda kena tumbuk
Nota:-
1. sentiasa kacau supaya tidak hangit
2. kalau hangit tak sedap pahit dan orang tidak akan makan
selamat mencuba
Ok bai
Assalamualaikum kak
ReplyDeleteSaya peminat filem akak cuma nak confirmatkan 11 jam ya masa memasak kuah kacang ni teringin betul nak buat...
.